Saturday, March 9, 2013

KRSV 2013


Berjumpa lagi kita ....saya percaya calon-calon SPM yang mengambil mata pelajaran PSV sudah meneliti set soalan KRSV 2013.  Di sini saya cuba untuk bantu anda mendapatkan bahan kajian portfolio sebagai sumber ilham.  Mungkin ada tajuk-tajuk yang telah menajdi pilihan anda sedia untuk dijawab.  Sebagai langkah awal saya paparkan beberapa koleksi sumber ilham untuk rujukan pelajar-pelajar.
Bagaimanapun ianya hanya sebagai panduan.  Selebihnya atas usaha anda sendiri. Saya akan cuba bantu anda dari masa ke semasa...insyaallah.

Langkah pertama apa yang perl anda lakukan untuk memulakan folio KRSV ialah mencari koleksi gambar sebagaisumber ilham mengikut tajuk yang telah anda pilih.  Saya mencadangkan agar anda bijak membuat kajian. Contohnya saya rujuk kepada arahan soalan yang kedua iaitu pelajar dikehendaki mencari koleksi gambar pelbagai jenis kalender, pelbagai hiasan dinding, pelbagai jenis sarung bantal. Koleksi gambar tidak perlu banyak. Bagi saya 4 keping sudah mencukupi tetapi gambar  kalender hendaklah beraneka reka bentuknya. Begitu juga dengan sarung bantal hendaklah dari motif dan reka bentuk yang pelbagai.  Tujuannya supaya pelajar dapat membuat perbandingan dan mewujudkan idea baru dalam menghasilkan tugasan.

Lambakan gambar yang terlalu banyak (terutama apabila gambar yang diperolehi lebih kurang sama) maka ianya tidak dapat membuahkan idea yang baik. Oleh itu fikirkan secara bijak.  Folio yang tebal tidak bermakna jika tidak menepati kehendak soalan. Ok pelajar-pelajar...selamat melaksanakan tugasan dengan cemerlang!


PORTFOLIO : TUGASAN 2

BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : ARCA
PRODUK : ARCA MOBAIL

Koleksi gambar arca mobail.


PORTFOLIO : TUGASAN 5
BIDANG : KEAF
TAJUK : UKIRAN KAYU
PRODUK : HIASAN DINDING


 



Koleksi pelbagai jenis flora di Malaysia.

PORTFOLIO : TUGASAN 9
BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : CETAKAN TIMBULAN
PRODUK : HIASAN DINDING


Koleksi sumber ilham pelbagai jenis karya cetakan.


Koleksi Permainan tradisional di Malaysia.