Monday, February 16, 2015

KAJIAN REKAAN SENI VISUAL SPM 2015 - SENI TEKAT

TUGASAN 3

BIDANG : KRAF TRADISIONAL
TAJUK : TEKAT
PRODUK : BEG SISI (SLING BEG)

SITUASI
Seni tekat merupakan satu kraftangan tradisional yang indah dan mewah kian dilupakan
dalam masyarakat. Satu usaha perlu dilakukan untuk mempromosikan penggunaannya
dalam kalangan masyarakat tempatan terutamanya golongan remaja dan pelancong luar.


TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah beg sisi dengan
mengaplikasikan seni tekat tradisional sebagai hiasan.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai produk seni tekat sebagai sumber ilham.
2. Koleksi gambar pelbagai jenis flora sebagai sumber ilham.
3. Koleksi gambar pelbagai jenis beg sisi sebagai sumber ilham.
4. Lukisan atau catan realistik flora yang dipilih.
5. Lakaran reka bentuk beg sisi dengan catatan.
6. Lakaran olahan dan perkembangan idea motif flora yang dipilih serta catatan.
7. Lakaran reka letak motif flora yang dipilih pada beg sisi.
8. Kajian warna dengan catatan dan skema warna.
9. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.
11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk beg sisi anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:

Bahan : Kain yang bersesuaian
Saiz minimum : Saiz beg – 25 cm × 20 cm
Benang emas/benang perak/benang yang
bersesuaian
Kedua-dua permukaan beg mestilah ditekat
Saiz kawasan bertekat mestilah tidak kurang
daripada 50% daripada permukaan beg
Bilangan Warna : Bebas
Tema : Flora
Teknik : Tekat


PENGHASILAN FOLIO
1. Koleksi gambar pelbagai produk seni tekat sebagai sumber ilham.
(Gambar hasilan seni tekat dari pelbagai jenis produk)














2. Koleksi gambar pelbagai jenis flora sebagai sumber ilham.
(Gambar Flora yang biasanya menjadi motif tekat tradisional seperti bunga cempaka, bunga kenanga, bunga teratai..)

Bunga Kenanga


Bunga Teratai

Bunga Cempaka Cina

Bunga Kemboja

3. Koleksi gambar pelbagai jenis beg sisi sebagai sumber ilham.











4. Lukisan atau catan realistik flora yang dipilih.

Gambar Bunga Raya

Catan Bunga Raya
Media : Cat Air

5. Lakaran reka bentuk beg sisi dengan catatan.









6. Lakaran olahan dan perkembangan idea motif flora yang dipilih serta catatan.


Perkembangan Idea

Olahan motif akhir


7. Lakaran reka letak motif flora yang dipilih pada beg sisi.
  






8. Kajian warna dengan catatan dan skema warna.
    Cadangkan beberapa warna pilihan dari rekaletak yang dipilih untuk bag rekaan anda.


9. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.




10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

Lukiskan semua peralatan dan bahan yang anda gunakan dalam penghasilan tugasan ini berserta catatan fungsinya.


11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.
Tunjukkan proses penghasilan bag sling ini menggunakan teknik fotografi atau lukisan beserta catatan dari proses awal hingga akhir.


Sekian, semoga membantu anak-anak pelajar dalam melaksanakan tugasan ini.






Sunday, February 15, 2015

KAJIAN REKAAN SENI VISUAL SPM 2015 - REKABENTUK KIOSK

DAPATKAN SET SOALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 2611/3( KRSV SPM) 2015 : KLIK DI SINI

Mari kita bincangkan tugasan yang diberi.



TUGASAN 2

BIDANG : REKA BENTUK

TAJUK : REKA BENTUK INDUSTRI

PRODUK : MODEL KIOS

SITUASI

Sebuah gedung membeli belah ingin menyediakan kios perniagaan Perusahaan Kecil dan

Sederhana (PKS) di ruang legar pusat perniagaan mereka. Kios tersebut digunakan untuk

memberi kemudahan kepada peniaga PKS berniaga dan memperkenalkan

barangan mereka.


TUGASAN

Anda dikehendaki menghasilkan model kios perniagaan PKS. Kios tersebut mestilah

bersifat mesra pengguna, mudah diurus, menjimatkan ruang dan menampakkan imej

antarabangsa terhadap produk PKS.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis kios perniagaan sebagai sumber ilham.

2. Lukisan atau catan realistik kios perniagaan sedia ada.

3. Lakaran olahan dan perkembangan idea reka bentuk kios perniagaan dengan catatan.

4. Lukisan reka bentuk kios yang dipilih mengikut skala.

5. Kajian warna kios yang dipilih dengan skema warna dan catatan.

6. Lukisan tiga dimensi kios dari tiga sudut pandangan berbeza.

7. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

8. Lukisan atau catan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.



9. Gambar foto atau lukisan proses dan teknik penghasilan dengan catatan.



Kata kunci berikut  boleh membantu anda mendapatkan maklumat berkaitan tugasan ini :
- food kiosk design
- kiosk
- contoh kiosk
- kiosk design sketches




LANGKAH-LANGKAN PENGHASILAN FOLIO TUGASAN 2

1. KOLEKSI SUMBER ILHAM 
Cari gambar dari pelbagai sumber kiosk yang sedia ada. Contoh seperti di bawah...

Kiosk Francis - Perniagaan Cool Blog


 Kiosk Perniagaan Keropok Lekor


 Kiosk  - Perniagaan Satay Grill





 Kiosk Perniagaan Makanan Tradisonal - Bahulu


Kiosk Francis - Perniagaan My Fruit Zone

 Untuk lebih banyak sumber ilham KLIK DI SINI




2. LUKISAN REALISTIK
Pilih 2 kiosk dari koleksi gambar sumber ilham anda, dan lukis semula secara realistik.
Berikut adalah sebagai contoh..








3. Lakaran olahan dan perkembangan idea reka bentuk kios perniagaan dengan catatan.
Lakaran olahan melalui  beberapa langkah perkembangan ide. Sesuaikan dengan produk yang dipilih sebagai pencetus ide. Perbanyakan olahan idea anda kerana bahagian ini paling banyak markah diperuntukkan. Jangan lupa olahan idea anda itu perlu disertakan catatan ringkas.
Gambaran di bawah hanyalah sebagai contoh..









4. Lukisan reka bentuk kios yang dipilih mengikut skala.


Sumber dari :http://fcendvsyudesign.blogspot.com/2010/01/kiosk-design-for-fama.html




Sumber dari :http://fcendvsyudesign.blogspot.com/2010/01/kiosk-design-for-fama.html




5. Kajian warna kios yang dipilih dengan skema warna dan catatan.





6. Lukisan tiga dimensi kios dari tiga sudut pandangan berbeza.


Contoh 1: Lukisan perspektif pelbagai sudut pandangan




Contoh 2 : Lukisan perspektif pelbagai sudut pandangan




7. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.








8. Lukisan atau catan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.
Lukiskan kesemua alat dan bahan yang anda gunakan untuk menghasilkan model kiosk anda itu. Lukisan di bawah hanyalah sebagai contoh sahaja...







Sebagai Gambaran awal pelajar boleh lihat contoh rekaan Kiosk dengan KLIK DI SINI









Sunday, December 14, 2014

Tumbuhan ini mampu membersih udara dalam rumah!


PENGENALAN
Meskipun kita membersihkan rumah setiap hari atau hujung minggu, itu tidak memberi jaminan bahawa kediaman kita bebas daripada partikel racun seperti gas toluena, xilena, etil asetat, aseton, kloroform, benzena, trichloroethylene dan formaldehid.
Kesemua unsur ini boleh didapati daripada penggunaan kimia di dalam cat, penyembur minyak wangi, sabun pencuci dan banyak lagi yang tidak kita sedari. Penyebaran gas itu boleh menimbulkan masalah kesihatan seperti sakit kepala, gatal kulit dan paling serius, kanser!
Kumpulan penyelidik dari NASA dan Associate Landscape Contractors of America (Alca) menjalankan penyelidikan mengenai unsur racun dalam bahan penjagaan rumah.
Mereka menemui 10 jenis pokok yang boleh mengurang dan menghilangkan partikel racun berbahaya dalam udara di rumah sekali gus mengembalikan kesegaran.

1. CHLOROPHYTUM COMOSUM
Juga dipanggil spider plant dan airplane plant, berasal dari Afrika dan digolongkan dalam keluarga Asparagaceae.
Awal penemuannya pada 1794, ia dikenali sebagai Anthericum comosum oleh pakar naturalis berbangsa Sweden, Carl Peter Thun Berg. Pada 1862, ia diberi nama baru yang kekal sehingga sekarang.
Terbahagi kepada dua spesies iaitu Vittatum dan Variegatum. Kedua-duanya popular sebagai pokok hiasan di rumah dan diiktiraf oleh Royal Horticultural Society, London.
Mudah ditanam dalam apa jua persekitaran dan mudah dijaga. Dalam tempoh setahun, ia menghasilkan bunga berkelopak putih dipanggil runners.
Bagi memastikan daunnya cantik dan segar, tanam pokok ini di kawasan yang menerima banyak cahaya matahari.

CHLOROPHYTUM COMOSUM


2. SCINDAPSUS
Daripada keluarga Araceae, pokok menjalar ini banyak dijumpai di Asia. Ia juga dipanggil Devil’s ivy kerana kemampuannya membesar dengan mudah meskipun di tempat redup.
Terdiri daripada 40 spesies, ia sering disalah anggap sebagai pokok Epipremnum kerana mempunyai rupa bentuk daun yang sama. Perbezaan mereka hanyalah pada jumlah dan bentuk benih yang dihasilkan.
Memerlukan penjagaan minimum. Sekiranya permukaan daun berdebu, memadai hanya sembur sedikit air untuk membersihkannya.
SCINDAPSUS



3. NEPHROLEPIS EXALTATA
Biasa dijumpai di dalam hutan di kawasan berpaya sekitar Amerika Selatan, Mexico dan Afrika. Spesies paku pakis daripada keluarga Lomariopsidaceae lebih dikenali dengan nama Sword fern.
Sangat toleransi dengan musim kering sehingga kemarau, pokok ini sesuai dijadikan tanaman hiasan bergantung kerana daunnya tumbuh berjuntaian antara 50 hingga 250 sentimeter.
Pokok tidak mengandungi toksin selamat dimakan oleh haiwan seperti kucing. Ia tidak perlu disiram selalu dan mudah dijaga.
NEPHROLEPIS EXALTATA



4. SYNGONIUM PODOPHYLLUM
Dikategorikan sebagai pokok berbunga daripada keluarga Araceae, ia mempunyai kira-kira 36 spesies. Daunnya berubah bentuk mengikut tempoh pembesaran.
Daya penarik itu menyumbang kepada popularitinya sebagai pokok hiasan yang diminati sejak kurun ke-19 lagi.
Pokok ini juga dipanggil Arrowhead plant, sangat menyukai kelembapan dan suasana redup. Pastikan daunnya disemburkan air dengan kerap.
SYNGONIUM PODOPHYLLUM


5. CHAMAEDOREA ELEGANS
Daripada jenis pokok palma kecil, ia juga dipanggil Parlour palm dan banyak dijumpai di selatan Mexico dan Guatemala.
Di negara beriklim tropika misalnya di Tenggara Amerika Syarikat, ia dijadikan penghias taman riadah manakala kawasan beriklim khatulistiwa, ia dijadikan pokok hiasan di rumah.
Tumbuh sehingga dua meter tinggi, pokok ini pernah menerima anugerah daripada Royal Horticultural Society, London, mengambil masa lama untuk membesar sepenuhnya.
CHAMAEDOREA ELEGANS



6. SPATHIPHYLLUM CUPIDO
Berasal dari Columbia, tumbuhan berbunga putih daripada keluarga Araceae mula diperkenalkan di Eropah pada 1870.
Juga dipanggil bunga lili atau the Peace Lily berikutan bentuk bunga seakan-akan bunga itu. Ia memerlukan air yang banyak dan sangat suka suasana redup.
Bagaimanapun, pokok ini boleh memudaratkan sesiapa sahaja memakannya kerana mengandungi calcium oxalate crystals yang boleh menyebabkan radang dan muntah.
SPATHIPHYLLUM CUPIDO



7. PHILODENDRON IMPERIAL RED
Hibrid dari China ini pada awal tumbesarannya, berdaun merah batu bata namun semakin membesar, daun bertukar menjadi hijau.
Ia mampu hidup dalam apa jua persekitaran lebih-lebih lagi sederhana panas dan dipanggil Pholodendron rouge.
PHILODENDRON IMPERIAL RED


8. ASPARAGUS SETACEUS
Dikenali dengan nama Ferny Asparagus kerana daun seperti paku-pakis. Pokok ini menghasilkan buah kecil berwarna hijau yang bertukar hitam apabila masak.
Berasal dari Selatan Afrika, tergolong dalam keluarga Asparagales dan diperkenalkan oleh botani Jerman bernama Carl Sigismund Kunth.
Nama setaceus berasal dari perkataan Latin bermaksud rambut.
ASPARAGUS SETACEUS



9. DRACAENA FRAGRANS
Juga dipanggil cornstalk dan Chinese money tree, popular dari negara Sudan, Mozambique sehinggalah ke Angola di Afrika. Malah dijadikan pokok suci oleh kaum Chagga di Tanzania.
Penyelidikan oleh NASA Clean Air Study membuktikan pokok ini mampu membersihkan udara yang dicemari formaldehyde, xylene dan toluene.
DRACAENA FRAGRANS


10. GINSENG FICUS
Menjadi pilihan utama mereka yang menggemari seni bonsai sekitar Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan Taiwan. Tidak hairanlah ia juga dipanggil Taiwan Ficus.
Spesies bonsai mudah ditanam dan dijaga. Namun kelembapan tanahnya perlu diperiksa selalu agar tidak terlalu kering kerana ia memerlukan air mencukupi untuk kekal segar.

GINSENG FICUS