Sunday, February 15, 2015

KAJIAN REKAAN SENI VISUAL SPM 2015 - REKABENTUK KIOSK

DAPATKAN SET SOALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 2611/3( KRSV SPM) 2015 : KLIK DI SINI

Mari kita bincangkan tugasan yang diberi.



TUGASAN 2

BIDANG : REKA BENTUK

TAJUK : REKA BENTUK INDUSTRI

PRODUK : MODEL KIOS

SITUASI

Sebuah gedung membeli belah ingin menyediakan kios perniagaan Perusahaan Kecil dan

Sederhana (PKS) di ruang legar pusat perniagaan mereka. Kios tersebut digunakan untuk

memberi kemudahan kepada peniaga PKS berniaga dan memperkenalkan

barangan mereka.


TUGASAN

Anda dikehendaki menghasilkan model kios perniagaan PKS. Kios tersebut mestilah

bersifat mesra pengguna, mudah diurus, menjimatkan ruang dan menampakkan imej

antarabangsa terhadap produk PKS.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis kios perniagaan sebagai sumber ilham.

2. Lukisan atau catan realistik kios perniagaan sedia ada.

3. Lakaran olahan dan perkembangan idea reka bentuk kios perniagaan dengan catatan.

4. Lukisan reka bentuk kios yang dipilih mengikut skala.

5. Kajian warna kios yang dipilih dengan skema warna dan catatan.

6. Lukisan tiga dimensi kios dari tiga sudut pandangan berbeza.

7. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

8. Lukisan atau catan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.



9. Gambar foto atau lukisan proses dan teknik penghasilan dengan catatan.



Kata kunci berikut  boleh membantu anda mendapatkan maklumat berkaitan tugasan ini :
- food kiosk design
- kiosk
- contoh kiosk
- kiosk design sketches




LANGKAH-LANGKAN PENGHASILAN FOLIO TUGASAN 2

1. KOLEKSI SUMBER ILHAM 
Cari gambar dari pelbagai sumber kiosk yang sedia ada. Contoh seperti di bawah...

Kiosk Francis - Perniagaan Cool Blog


 Kiosk Perniagaan Keropok Lekor


 Kiosk  - Perniagaan Satay Grill





 Kiosk Perniagaan Makanan Tradisonal - Bahulu


Kiosk Francis - Perniagaan My Fruit Zone

 Untuk lebih banyak sumber ilham KLIK DI SINI




2. LUKISAN REALISTIK
Pilih 2 kiosk dari koleksi gambar sumber ilham anda, dan lukis semula secara realistik.
Berikut adalah sebagai contoh..








3. Lakaran olahan dan perkembangan idea reka bentuk kios perniagaan dengan catatan.
Lakaran olahan melalui  beberapa langkah perkembangan ide. Sesuaikan dengan produk yang dipilih sebagai pencetus ide. Perbanyakan olahan idea anda kerana bahagian ini paling banyak markah diperuntukkan. Jangan lupa olahan idea anda itu perlu disertakan catatan ringkas.
Gambaran di bawah hanyalah sebagai contoh..









4. Lukisan reka bentuk kios yang dipilih mengikut skala.


Sumber dari :http://fcendvsyudesign.blogspot.com/2010/01/kiosk-design-for-fama.html




Sumber dari :http://fcendvsyudesign.blogspot.com/2010/01/kiosk-design-for-fama.html




5. Kajian warna kios yang dipilih dengan skema warna dan catatan.





6. Lukisan tiga dimensi kios dari tiga sudut pandangan berbeza.


Contoh 1: Lukisan perspektif pelbagai sudut pandangan




Contoh 2 : Lukisan perspektif pelbagai sudut pandangan




7. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.








8. Lukisan atau catan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.
Lukiskan kesemua alat dan bahan yang anda gunakan untuk menghasilkan model kiosk anda itu. Lukisan di bawah hanyalah sebagai contoh sahaja...







Sebagai Gambaran awal pelajar boleh lihat contoh rekaan Kiosk dengan KLIK DI SINI









13 comments:

  1. boleh tolong tunjukkan cara untuk buat poskad dari soalan 6?

    ReplyDelete
  2. Nak minta tolong tunjukkan cara tugasan 7 dan 8 boleh ?

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas bantuan last2 minit .. Cikgu sya push sya untuk hantar esok .. Apa2 pun terima kasih atas bantuan last2 minit .. Harap sya dpt A dlm subjek ni hehehe

    ReplyDelete
  4. Nak minta tolong tunjukkan cara tugasan 8 BLEH

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. reka bntuk kiosk mngikut skala tu macam mane? perlukan pertolongan..

    ReplyDelete
  7. Terima Kasih ,nasib baik ade jugak yg bagi panduan 😃

    ReplyDelete
  8. Salam , saiz kiosk tu pula macaman ye ?

    ReplyDelete