Showing posts with label SENI HALUS. Show all posts
Showing posts with label SENI HALUS. Show all posts

Friday, November 21, 2014

Bagaimana melukis dan mewarna pokok?



Melukis dan mewarna pokok dalam catan


Kali ini kita lihat beberapa teknik mewarna pokok menggunakkan beberapa jenis media yang berlainan. Di kalangan kita ada yang tidak mahir dalam mewarna tumbuhan dalam catan lanskap.  Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjt di sini dipaparkan teknik mewarna menggunakan pensil warna, cat air, cat minyak, soft pastel, akrilik dll.

Sama-sama kita tontomn dan praktikkan.









How to paint tree in watercolor




Rendering trees using coloured pensil




How to draw a tree with markers




How to paint a tree in Acrylic




How to draw with soft pastel - A tree in the valley







Sunday, November 2, 2014

Kesan Kesalahan Ketika Mewarna Dengan Cat Air







Cat air merupakan medium catan yang paling popular di kalangan pelajar sekolah. Ia lebih mudah digunakan berbanding dengan cat minyak. Di kalangan penggemar senilukis, catan air diaplikasi dengan lebih luas dan menggunakan bahan yang lebih bermutu contoh nya kertas dan berus yang sememangnya khusus untuk cat air.  Bagaimanapun tidak semua yang mahir dalam menggunakan bahan-bahan ini. Terdapat beberapa masaalah yang sering dihadapi oleh pemula catan air. Kesalahan-kesalahan  yang sering dilakukan oleh pelukis cat air pemula yang menyebabkan mereka berfikir   bahawa cat air adalah medium yang sukar untuk digunakan.. 
      
       Terlalu banyak air.
Jika anda merasa tidak boleh menghasilkan warna-warna yang tajam, kemungkinan kerana anda menggunakan terlalu banyak air sehingga warna-warna yang muncul adalah warna-warna ringan dan muda. Untuk menghasilkan warna yang tajam dan tegas anda hanya perlu sedikit air atau sekadar basah pada berus anda. 


Kurang air semasa pewarnaan basah (washes).
Kurang air semasa pewarnaan awal (washes) akan menyebabkan warna tidak sekata dan perlu waktu lama. 


Menggunakan berus yang terlalu basah di atas kertas yang masih lembab.
Ini adalah kesalahan yang paling sering terjadi. Menggunakan berus yang terlalu basah di atas kertas yang masih lembab akan menghasilkan warna menyebar. Mungkin pada masa tertentu akan menyenangkan kerana anda akan melihat warna-warna yang di luar dugaan, di luar sangkaan anda sebelumnya.


Tidak menunggu kertas mengering selepas melakukan basahan (washes), dan terus melakukan lapisan warna lain (glazing).
Glazing adalah lapisan warna untuk mempertegaskan warna bentuk. Proses ini dilakukan selepas mengotorkan awal (washing), dan kertas sudah mengering. Pelapisan warna yang dilakukan ketika kertas masih lembab mudah merosakkan lukisan anda. 


Salah memilih saiz berus ketika membentuk imej (shaping).
Berus yang terlalu kecil akan melambatkan kerja anda selain menghasilkan lukisan cat air yang kelihatan kasar. Sementara berus yang terlalu besar akan menyulitkan anda saat membentuk gambar dan memberi warna tegas pada kawasan yang sudah dibasahi.  


Kualiti kertas yang tidak elok.
Pastikan anda menggunakan kertas Aquarelle jika tidak ingin hasil cat air anda mengecewakan.

Kertas cat air (Aquarelle) yang baik dibuat dari “linen rag” murni, harganya sangat mahal, kalau untuk pemula yang mungkin masih ragu menggunakannya bolehlah menggunakan kertas-kertas buatan mesin yang tersedia di kedai-kedai alat lukisan. Ada bermacam jenama dan memiliki variasi yang berbeza. Tapi diantara perbezaan itu boleh  dilihat seperti di atas.

       Tak sabar untuk segera membuat lukisan bersaiz besar.
Jika anda baru saja memulakan menggunakan cat air, saya cadangkan anda mula dengan kertas bersaiz kecil (kira-kira 19 cm x 14 cm). Lalu tingkatkan dengan yang lebih besar (28.5 cm x 19 cm). Jika anda sudah merasa selesa menggunakan cat air barulah anda cuba menggunakan kertas yang bersaiz besar. 


Pemilihan berus yang tidak tepat.

Pemilihan berusyang sesuai sangat penting dalam catan. Catan menggunakan medium cat air sangat sesuai menggunakan berus bulat yang mampu mengandung banyak air.



Jenis berus yang sesuai untuk catan warna air:
'Mop Brush' sesuia digunakan untuk mewarnakan
ruang yang besar contohnya mewarna latar belakang.


Berus cat air bulat berkualiti baik mempunyai hujung
yang runcing dan mampu menyerap lebih banyak air.


        Tidak cuba mencampurkan warna pada palet terlebih dahulu sebelum mengaplikasikannya di atas kertas.

        Jika anda baru pertama kali menggunakan cat air, belajar mencampurkan warna asas sangatlah diperlukan. Jika anda sudah terbiasa melukis dengan cat air, gerak hati anda akan membantu anda menghasilkan warna yang anda inginkan. Sehingga anda tak perlu membuang waktu lagi untuk bereksperimen dengan warna. 



        Tidak membuat dengan lakaran awal.

       Langsung melukis, tanpa merancang langkah-langkah dalam melukis dengan cat air.



       Tiada perancangan.

       Tanpa perancangan yang baik, kemungkinan anda akan mengalami kesukaran dalam menggunakan cat air. Senario yang baik misalnya ketika anda harus menutupi kawasan tertentu dari mengotorkan, keutamaan kepada warna-warna lembut untuk warna asas dan menentukan urutan dalam pewarnaan.


























Saturday, November 1, 2014

Ketahui Kertas-kertas Yang Sesuai untuk Lukisan dan Catan




best paper for drawing and painting


Kekuatan basahan Kertas Katrij 130gsm
 Ini adalah kertas kartrij standard, sesuai untuk digunakan dalam  lukisan dan catan. Ia sesuai untuk medium basah dan kering, lakaran, pelan komposisi dan latihan eksplorasi. 

Kekuatan basahan Cartridge Paper 180gsm 
Kertas ini lebih berat dari yang di atas, ini adalah sesuai untuk latihan lukisan dan catan. Ia amat berguna untuk karya-karya seni yang memerlukan  permukaan kertas yang lebih kukuh. 

Kekuatan basahan Cartridge Paper 230gsm 
Kertas yang kuat dan berat menyediakan asas yang kukuh untuk bekerja lebih dan sesuai untuk menyokong unsur-unsur tekstur dalam lukisan. Kerap menggunakan pemadam boleh merosakkan permukaan atas  kertas ini, jadi ia kurang sesuai untuk lakaran menggunakan grafit .



painting on wet strength paper




KERTAS TAMBAHAN, KARTON DAN LAIN ATAU LUKISAN LUKISAN PERMUKAAN 

Selain dari kertas-kertas di atas, bahan-bahan berikut (atau yang setaraf dengannya) harus tersedia dalam jumlah yang lebih kecil. Bahan-bahan ini digunakan dalam lembaran keseluruhan untuk karya seni individu dan dipotong atau dikoyak lebih kecil untuk digunakan sebagai latar belakang media campuran di buku sketsa atau karya seni. 

Kertas Kraf

 Ini adalah kertas yang sama yang digunakan untuk membuat beg kertas coklat. Ini sangat bagus untuk  lukisan menggunakan medium arang.


drawing on kraft paper



Kertas Katrij Hitam

Berguna untuk media kering seperti arang putih, ini adalah kertas penting bagi pelajar untuk bereksperimen dengannya. Kertas yang ringan biasanya sesuai untuk media kering, bagaimanapun kertas yang lebih berat seperti kertas hitam Malmero, 145gsm, atau Stonehenge juga disediakan. (Nota: Jangan gunakan 'sugar paper kerana warnanya cepat pudar terutama bila terdedah kepada matahari.. 

black drawing paper



Canson Mi-Tenties 160gsm Terdapat warna menarik tetapi terhad.

Kertas ini adalah ringan.  Permukaanya bertekstur disebeah dan sebelah lagi licin. Harganya agak mahal, terdapat dalam warna yang terhad iaitu coklat tanah, kelabu, kuning gading. Untuk latihan pelajar tidak perlu bersaiz besar, potong ia kepada saiz yang lebih kecil untuk lebih jimat. Ia sekadar eksperimen bahan sahaja.

Canson MiTeintes paper 160g




Kertas Cat Air

Beberapa helai diperlukan untuk pelajar membuat eksperimen mewarna dengan media basah, sudah tentu khusus kepada media cat air.


water colour paper

Handimal (Seni Tangan)

Handimals ialah satu siri lukisan tangan menyerupai haiwan. Kerja-kerja ini dilakukan oleh artis Guido Daniele yang melakukan pekerjaan yang menakjubkan. Lukisan pada tangan ini kelihatan seolah-olah seperti haiwan sebenar. 


Setiap karya mengambil masa sehingga 4 jam untuk untuk disiapkan.  Guido seorang pelukis yang  berdedikasi dan menghargai bakat yang ada pada dirinya. Oleh itu beliau berjaya menipu bola mata kita dengan aksi lukisan haiwan ditangannya ini!














































Aquila di mare (helang laut)
















































Hmmm....yang ini lain pula!





Kenali Pelukisnya:

Guido Daniele at work
Guido Daniele

Guido Daniele lahir pada tahun 1950 di Soverato, tinggal dan bekerja di Milan. 







Kenali Jenis-jenis Berus Lukisan










Berus lukisan di datangkan dengan pelbagai bentuk dan saiz. Fungsinya juga berbeza-beza. Materialnya juga tidak sama. Ada berus yang mahal tetapi  berkualiti, manakala berus yang murah bulunya mungkin kurang berkualiti. Kesannya dapat dirasa semasa kita menggunakannya. Ini hanya dapat dirasai oleh pelukis yang biasa menggunakan bahan atau alatan lukisan dan catan.

Maka tidak hairanlah jika terdapat beraneka jenama berus yang ada di pasaran dengan harga yang murah dan mahal.  Antara material yang digunakan pada berus termasuklah bulu kuda, bulu khinzir, nylon dan sebagainya. Berus nylon lebih anjal dan tahan lama. Berus bulu kuda lembut dan sangat sesuai untuk media cat air. Dalam memilih berus, hendaklah berhati-hati terutama kepada pengguna beragama islam kerana bulu  khinzir sudah pasti perlu dielakkan.Berus bulu khinzir dapat dibezakan dengan struktur bulu bercabang dihujungny

Pelbagai jenis berus catan
























Perhatikan dengan teliti berus seperti ini dan elakkan dari membeli dan menggunakannya.








Kesan sapuan berus yang berbeza




Berus rata untuk mewarna ruang yang sederhana luas seperti bukit bukau.


Berus tajam untuk membentuk reranting pokok dan jalinan halus.
















Berus kipas untuk mewarna  rumput dan jalinan pokok.

Berus sudut untuk mewarnakan kelopak atau objek-objek bersudut.