Showing posts with label PENDIDIKAN SENI VISUAL. Show all posts
Showing posts with label PENDIDIKAN SENI VISUAL. Show all posts

Wednesday, December 10, 2014

Senjata Tradisional Melayu

Pengenalan

Orang-orang Melayu telah membuat dan menggunakan senjata semenjak sekurang-kurangnya lima ratus tahun dahulu dan mereka juga telah menempah beberapa jenis alat-alat senjata lain seperti parang, pisau, badik, karambit, lembing dan sebagainya. Sehingga awal abad kedua puluh, kebanyakkan senjata Melayu telah ditempah untuk kegunaan pertarungan ataupun untuk pertahanan diri mahupun serangan.

Menurut penelitian para ahli penyelidik yang bijaksana senjata seperti ini hanyalah terdapat di Asia Tenggara, khususnya di Kepulauan Nusantara. Walau bagaimanapun, keadaan Kepulauan Nusantara yang terpisah di antara satu sama lain menyebabkan senjata-senjata tadi telah mengalami perkembangan yang berbeza-beza.

Selaras dengan perkembangan kebudayaan dan sistem sosial, fungsi senjata telah mengalami perkembangan dan perubahan. Walaupun begitu senjata-senjata ini tetap menyerupai senjata-senjata pertarungan dengan segala keasliannya dan tetap halus buatannya. Tetapi kini fungsinya telah bertukar menjadi barang keramat yang mempunyai kuasa yang harus dihormati, barang yang dipuja, lambang ikatan keluarga, tanda jasa, tanda pangkat dan kuasa, barang mewah dan akhirnya dianggap sebagai karya seni.

Senjata-senjata ini telah melalui masa perkembangan yang cukup lama sebelum mempunyai bentuk dan fungsi seperti sekarang. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis senjata sesuai dengan seni serantau.


Kerambit

Kerambit ialah salah satu senjata tempur jarak rapat yang kini menjadi senjata seni beladiri yang paling popular di dunia. Senjata ini dipilih oleh pelbagai ejensi ‘sekuriti, pengawal peribadi dan kumpulan gerak khas ketenteraan’ di barat sebagai salah satu senjata tempur jarak rapat yang eksklusif.  Kini senjata sulit Srikandi Melayu sudah keperingkat antarabangsa dan dinobatkan sebagai senjata seni beladiri yang tersohor alaf ini.

Kerambit

Badik

Badik merupakan senjata Melayu yang bermula dari Sulawesi yang terdapat dalam dua jenis iaitu mempunyai mata yang lurus dan yang berkeluk seperti keris. Bentuknya menyerupai  Tumbuk Lada tetapi panjang matanya di antara 18 - 20sm. dan lebar 2sm.

Badik

Badik mempunyai mata yang tebal di bahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu, tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat. 
Bentuk badik, hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula daripada segi ukiran. Matanya lebih tegak, hulunya membongkok ke bawah.

Badik misalnya, cukup popular selepas Kerajaan Inggeris/Belanda mengharamkan penggunaan keris. Matanya ditempa daripada besi terpilih manakala ulunya diperbuat daripada kayu, gading, tanduk serta dihiasi dengan logam emas dan perak. Selain digunakan untuk mempertahankan diri, badik juga menjadi pisau memotong daging, bawang dan menyembelih haiwan.



Lembing

Lembing ialah sejenis senjata, yang digunakan untuk memburu dan berperang semenjak zaman kuno lagi. Ia terdiri daripada hulu atau pemegang, biasanya diperbuat daripada kayu dan mempunyai hujung yang tajam dipanggil kepala. Hujung yang tajam itu mungkin juga adalah dari hujung kayu itu sendiri (contohnya lembing buluh) atau diikatkan bersama bahan yang lain kepada hulu tersebut. Lembing yang paling biasa dibuat ialah lembing yang mempunyai kepala yang diperbuat daripada besi, berbentuk seperti pisau pendek dan digunakan untuk tikaman.

Lembing
        
Lembing merupakan senjata yang banyak kegunaannya, yang boleh digunakan dalam pertempuran dan memburu, dan dalam pergelutan dan sebagai senjata dibaling. Di kawasan yang mempunyai sumber terhad, ini merupakan punca kenapa lembing cenderung digunakan: alat yang boleh digunakan bagi memburu, juga untuk membunuh haiwan yang mengancam ternakan dan tanaman, dan turut juga merupakan senjata yang berkesan dalam perperangan. Ia mempunyai jarak berkesan melebihi senjata tangan yang dipegang lain seperti keris, pedang, dsb. dan juga boleh dilontar bagi meningkatkan jarak keberkesanannya lagi.



Tumbuk Lada

Tumbuk Lada ialah sejenis senjata Melayu tradisional dari daerah Sumatera, Kepulauan Riau dan Semenanjung Tanah Melayu. Bentuk bilah senjata ini seakan badik dari Sulawesi tetapi bentuk sarungnya berbeza. Pada pangkal sarung Tumbuk Lada terdapat bonjolan bundar yang selalunya dihias dengan ukiran yang dipahat. Sarung senjata ini selalunya dilapis dengan kepingan perak yang diukir dengan pola-pola rumit.

Tumbuk Lada
Senjata ini tergolong dalam jenis senjata pendek dengan mata pada sebelah bilah sahaja dan boleh diguna secara tunggal ataupun berpasangan.

Panjang bilah tumbuk lada sekitar 27cm hingga 29cm. Lebar bilahnya sekitar 3.5cm hingga 4cm. Dari tengah bilah sampai ke pangkalnya terdapat alur yang dalam yang kadang-kala disapu racun berbisa.

Tumbuk Lada digunakan secara menikam, menghiris dan menjajah dalam pertempuran jarak dekat. Ia boleh dipegang dengan dua jenis genggaman iaitu dengan mata keatas ataupun mata ke bawah. Seorang yang ahli dalam permainan tumbuk lada mampu menukar genggaman senjata ini ketika bertemput bagi mengelirukan musuh.



Keris Sundang

Keris sundang  dianggap sebagai Raja bagi segala senjata Melayu. Di percayai berasal dari pulau Sulawesi , digunakan olih pahlawan Bugis  dan masyarakat Moro Filipinah . Mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke 17 . Ia digunakan sebagai senjata untuk menetak, memancung , dan melibas , jarang sekali digunakan untuk menikam. 

Keris Sundang
Mata sundang terbahagi  kepada dua, ia itu berbentuk lurus dan berlok . Sundang amat sesuai digunakan didalam pertarungan cara berapat rapat. Mata sundang diberbuat dari besi waja, agar ia tahan lama dan sentiasa tajam  tak perlu diasah dan bolih memotong paku.



Parang

Parang didefinasikan sebagai Pisau Melayu yang besar.  Parang merupakan sejenis alat seakan pisau yang berasal dari Asia Tenggara, khususnya Nusantara. Ia digunakan untuk memotong kayu yang lebih keras, dengan  mata yang lebih keras dan pusat pukulan  yang jauh ke hadapan tangkai. Matanya juga lebih cekah serong supaya tidak tersekat dalam potongan. 

Parang
Mata parang biasanya 30 sentimeters (12 in) panjang dan jisimnya tidak lebih 0.75 kilograms (1.7 lb). Mata yang lengkung membolehkan penggunaan daya maksimum ketika memotong kayu balak, maka mata sampai sebelum buku jari demi perlindungan pada buku jari. Parang mempunyai tiga mata, iaitu mata depan amat tajam dan digunakan untuk mengupas, mata tengah yang lebih lebar dan digunakan untuk mencantas, dan mata belakang (dekat tangkai) yang amat halus dan digunakan untuk mengukir.





Saturday, November 29, 2014

Kain Cindai

Pengenalan
Kain Cindai

Kain Cindai mula dikenali di alam  Melayu Nusantara sekitar abad ke 15.  Kain Cindai atau dikenali juga sebagai Kain Patola dipercayai berasal  dari Gujerat, India.  Pedagang India yang beragama Islam telah memperkenalkan Kain Cindai dan kemudiannya berkembang di Kepulauan Melayu.  Ia juga dikenali sebagai ‘Chindhe’, kain Geringsing atau Kain Limar.  


Kain Cindai ( Patola) Gujerat bukan sebagai busana sahaja
juga sebagai alatan bertempur, menepis serangan silat,
menjadi ikat bengkung pahlawan yang bertarung -
koleksi Persatuan Senipurba Selangor


Teknik Ikatan

Teknik ikat ganda gaya cindai ditenun menggunakan benang sutera atau kapas. Teknik ikatan ini sangat rumit kerana kedua-dua benang loseng dan pakan harus diikat dan dicelup dengan pelbagai warna secara berasingan.  Warna-warna yang digunakan termasuk warna jingga dan merah kesumba.  Benang yang ditenun menghasilkan ragam hias seperti corak ‘giling kacang’, ‘hujan lebat’, dan corak ‘merpati sekawan’.  


Corak Tenunan Cindai


Sejarah Kain Cindai

Menurut sejarah, Kain Cindai merupakan tekstil pertama yang digunakan oleh anak-anak raja.  Di samping itu Kain Cindai juga digunakan oleh golongan istana sebagai persalinan lengkap pakaian adat seperti bengkung, selendang dan untuk berkemban.  Dalam adat perkahwinan kerajaan Johor-Riau, Kain Cindai adalah tekstil pilihan utama.  Kain ini juga digunakan dalam hampir kesemua upacara adat seperti adat meminang, perkahwinan, kelahiran dan kematian.


Dalam budaya tradisi, telah diperikan tentang Cindai Betina dan Cindai Jantan.  Cindai Betina atau dikenali juga sebagai Cindai Sari agak panjang ukurannya.  Tenunan Cindai Sari lebih kasar dan motif hiasannya lebih kecil.  Kain Cindai ini dipakai oleh kaum lelaki.  Cindai Jantan pula lebih halus, pendek serta mempunyai hiasan bunga besar.  Ianya digunakan oleh kaum wanita sebagai kain pengikat pinggang. 






Perhiasan Diri Masyarakat melayu


Pengenalan

Barang perhiasan merupakan pelengkap dan penyeri kepada si pemakai tidak kira lelaki mahupun wanita. Barang perhiasan bagi lelaki adalah seperti tali pinggang besar (seperti tali pinggang jemaah haji), jam gantung, tongkat, cincin dan lain-lain. Manakala bagi wanita pula, barangan perhiasannya kebanyakan diperbuat daripada emas ataupun perak seperti gelang, cincin, rantai, subang, cucuk sanggul, kerongsang dan sebagainya.

Sejak zaman pemerintahan Melayu lama lagi, pakaian dan perhiasan diri dianggap sebagai lambang atau kedudukan di dalam sesebuah masyarakat Melayu. Namun pada hari ini, tanggapan tentang lambang atau kekuasaan seseorang tidak lagi diambil kira kerana semua golongan mampu untuk memiliki barang perhiasan diri mengikut citarasa dan perkembangan terkini. Barang perhiasan kerapkali dipakai oleh wanita ketika menghadiri majlis-majlis yang tertentu seperti majlis perkahwinan dan sebagainya.


Barang Hiasan

Barang perhiasan yang sering dikaitkan dengan wanita lazimnya diperbuat daripada emas atau perak. Selain itu, terdapat juga barang perhiasan yang diperbuat daripada tembaga. Terdapat pelbagai reka bentuk dan corak yang menghiasi barang perhiasan tersebut. Pada zaman dahulu tukang emas atau perak biasanya memilih corak yang berunsur flora dan fauna (motif tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan binatang). Masyarakat pada zaman dahulu sangat akrab dengan alam semula jadi maka dengan itu, kebanyakan bentuk dan corak yang terdapat pada barang perhiasan wanita memiliki ciri-ciri alam.


Reka bentuk dan corak untuk menghasilkan barang perhiasan adalah sangat penting. Hal ini kerana ukiran tersebut melambangkan nilai dan maksud yang tertentu. Tukang emas/perak/tembaga Melayu pada zaman dahulu lebih gemar memilih motif bunga-bungaan tumbuh-tumbuhan. Hal ini kerana reka bentuk dan corak pada barang perhiasan secara tidak langsung dapat membezakan hasil pertukangan masyarakat Melayu dengan masyarakat yang lain. Di samping itu ukiran ini juga dapat menerangkan sejarah dan perkembangan seni pembuatannya.


Pending

pending
Pending

Pending ialah pengancing tali pinggang atau kepala tali pinggang yang direka dan dihias indah dengan berbagai-bagai motif. Pending biasanya dipakai oleh kaum lelaki dan wanita Melayu sebagai pakaian istiadat. Kaum lelaki menggunakannya untuk mengikat kain dan samping manakala kaum wanita pula, terutamanya di Kelantan, memakai pakaian yang popular Cik Siti Wan Kembang, seorang pemerintah wanita yang terkenal dalam kurun ke-15 yang turut memakai pending. Boleh dikatakan kebanyakan daripada pending yang ditemui pada masa ini adalah yang berbentuk bujur seperti mata manusia, bulat, segi empat dan sebagainya. Pending yang dipakai oleh pembesar-pembesar Melayu dan raja yang memerintah dibentuk dengan menggunakan emas atau suasa. Namun demikian ada juga yang diperbuat daripada perak sahaja atau tembaga yang bercutam. 
    

Dokoh

Dokoh

Dokoh merupakan salah satu daripada aksesori tradisional wanita yang dipakai di leher yang mempunyai tiga atau lebih plat yang diperbuat daripada timah, tembaga atau logam.
Pada suatu ketika dahulu, dokoh selalu digayakan dengan pemakaian baju kebaya. Dokoh juga sering digunakan menjadi alat perhiasan pasangan pengantin sejak zaman dahulu lagi. Kini, penggunaannya tidak lagi terhad. Pada masa kini, penggayaannya bersama baju kurung telah menjadi salah satu daripada fesyen pada masa kini.


Cucuk Sanggul

Cucuk Sanggul


Cucuk sanggul berjurai
Pada masa lalu, kebanyakan wanita Melayu memiliki  rambut panjang, dianggap mempunyai sifat yang feminin. Cucuk sanggul telah digunakan untuk memegang sehingga rambut panjang mereka dalam sanggul di belakang kepala mereka. Biasanya cucuk sanggul diperbuat daripada emas atau perak,Penyemat  atau cucuk sanggul inibiasanya dipakai dalam set tiga, lima atau tujuh oleh pengantin perempuan dan penari tradisional.



Caping

Caping

Caping merupakan hiasan tubuh bagi kanak-kanak.  Caping biasanya diperbuat daripada logam yang berbentuk daun ara tanpa ukiran.  Bagaimanapun terdapat bukti dan rekod yang menunjukkan bahawa caping diperbuat daripada berbagai-bagai bahan seperti emas, perak, tembaga kuning dan merah, kulit kerang, tempurung, kayu dan kadangkala berbagai-bagai bahan yang dijalin, ditempah atau dipaterikan.  

Caping dipercayai telah diperkenalkan di negara ini oleh orang India sejak zaman Seriwijaya iaitu sekitar kurun ketujuh hingga ke-13 Masihi. Ia digunakan dengan meluas oleh kanak-kanak perempuan di utara dan di pantai timur Semenanjung Malaysia.  Penggunaan caping di negeri-negeri lain tidaklah begitu meluas. Memang ada bukti yang menunjukkan bahawa caping turut digunakan di daerah-daerah lain di dunia tetapi setakat ini tidak ada dokumentasi untuk menjadi bukti atau rujukan yang berwenang tentang perkara ini.



Hiasan Telinga

Hiasan Telinga atau Anting-anting

Terdapat beberapa jenis hiasan telinga dalam tinggalan orang yang terdahulu.  Antaranya Sunting Malar iaitu satu-satunya hiasan yang digantung di telinga.  Ia dibentuk dengan menggunakan kepingan perak ataupun emas.  Sunting malar biasanya dipakai oleh penari-penari di istana raja dan pernah dikatakan berasal dari Thailand, yang dibawa masuk oleh orang Melayu Patani, dan juga dari India.  Barang kemas ini masih lagi popular di kalangan wanita Kelantan terutama sekali penari-penari dan sewaktu mengandamkan pengantin perempuan yang akan bersanding di atas pelamin.        



Gelang Kaki

Gelang Kaki

Semenjak beberapa kurun yang lalu memakai gelang kaki sebagai perhiasan diriserta menjadi keistimewaan masyarakat Melayu khususnya kaum wanita.Besar kemungkinan kemasyhuran ini bermula sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi.

Gelang kaki biasanya dipakai oleh wanita Melayu, India dan Nyonya. Di Melaka, pengantin perempuan yang berpakaian tradisional berasa tidak lengkap sekiranya tidak memakai gelang kaki apabila menaiki pelamin

Pada mulanya gelang-gelang dibentuk dengan menggunakan dawai-dawai kasar yang dipintal bulat dan dicelup atau disadur emas. Namun yang demikian terdapat juga gelang-gelang yang diperbuat daripada plastik yang tidak kurang cantiknya. Bagi mereka yang berada atau yang kaya, gelang-gelang mereka ditempah khas, biasanya diperbuat daripada emas atau perak.




Thursday, November 6, 2014

Karya Seni Pelajar T4&5 SMK Bukit Naning



















Seni Kolaj Dari Aneka Bahan

Pengenalan

Kolaj adalah salah satu teknik tertua yang menggunakan teknik tampalan untuk menghasilkan pelbagai karya lukisan, gambar atau rekaan.  Bahan tampalan boleh disusun, ditindih atau diatur pada permukaan kertas mengikut komposisi tena atau tajuk yang diperlukan.  Terdapat empat jenis kolaj yang sesuai iaitu kolaj kertas, bahan jahitan, bijirin dan bahan terbuang.


Kolaj Grafik

Kolaj kertas

Diperbuat menggunakan kertas warna yang digunting, dicarik, dikoyak atau ditekan dengan mata pen atau pensel atau menggunakan penebuk kertas.

Kolaj Koyakan kertas 

Kolaj Koyakan Kertas

Kolaj lipatan kertas


Kolaj bahan jahitan

Menggunakan kain perca, manik, butang baju, kapas dan kekabu sebagai bahan utamanya.  Cara membuatnya sama, iaitu menyusun bahan menerusi guntingan perca, kain atau menyusun manik atau butang baju pada huruf yang dipilih.

Kolaj bahan jahitan (butang)

Kolaj manik


Kolaj bijirin

Jenis ini menggunakan bahan bijirin yang disusun dan dilekat atau digam menggunakan gam berkualiti pada kad board tebal.  Bijirin seperti biji labu, beras bali, kacang hijau, jagung dan biji saga.
Kolaj bijirin


Saimir Strati dari Albania telah mencatatkan rekod dunia apabila menghasilkan kolaj menggunakan biji kopi terbesar di dunia.  Beliau menghasilkan seni ini dnegan menggnakan 140kg biji kopi pelbagai jenis.

Kolaj dari biji kopi

Kolaj bahan terbuang

Bahan terbuang yang biasa digunakan ialah penutup botol, batang aiskrim, lidi sate, tali, plastik sampah dan sebagainya.  Bahan ini disusun dan dilekat menggunakan plastic lutsinar supaya tahan lama.




Kolaj dari penutup botol



Artis Kovaleva Anastasia menggunakan bahan-bahan semula jadi sebagai media untuk karya seninya yang begitu halus. Untuk membuat kolaj, dia menggunakan pelbagai  bahan-bahan alami dan bunga termasuk sisik ikan, kulit telur, bawang, pecahan reranting, bulu, lumut, batu kecil, flaks dan kertas. Karyanya sentiasa berilhamkan alam semula jadi dan dia sentiasa berusaha mencari idea-idea baru.




Artis New York, Lisa Hoke mencipta kolaj dinding berwarna-warni daripada koleksi barang-barang pakai buang. Menggunakan kertas dan cawan plastik, dia memasang setiap mural berlapis-lapisyang memukau mata.. Artis ini mengubah setiap bilik menjadi tontonan yang sangat  indah pembentukan ular dengan cawan pelbagai warni serta kotak bijirin dan pelbagai pembalut gula-gula.


Amazing Wall Collages Made of Colorful Paper and Plastic Cups



Amazing Wall Collages Made of Colorful Paper and Plastic Cups



Amazing Wall Collages Made of Colorful Paper and Plastic Cups



Amazing Wall Collages Made of Colorful Paper and Plastic Cups



Amazing Wall Collages Made of Colorful Paper and Plastic Cups




Potret Maria Carey dihasilkan dengan menggunakan kolaj dari bahan kosmetik.











Tuesday, November 4, 2014

Paper Quilling

Seni Quilling dan sejarah serta perkembangannya.

Quilling adalah seni menggulung kertas. Hasil gulungan dirangkai sedemikian rupa sehingga menghasilkan bentuk yang menawan. Seni ini pada mulanya diperkenal di Eropah abad ke 17 dahulu dan dinamakan ‘paper filigree’ atau ‘roll work’.  Di Negara Perancis dan Itali, seni gulungan kertas ini digunakan oleh para biarawan untuk menghias ornament yang bersifat keagamaan.

Manakala di Eropah, seni ini terkenal di zaman Victorian ketika Raja George III.  Putri ini sangat menggemari seni ini sehingga ia dikenal dengan ‘roll work’nya.  Hasil kerjanya dijadikan cenderamta yang berupa hiasan paper filigree.  Hadiah pemberiannya yang paling terkenal adalah berupa kotak barang perhiasan.  Dari Eropah, seni ini berkembang ke benua Amerika.  Penggunanya tidak lagi terbatas pada ornament keagamaan, tetapi mula menghiasi bermacam benda seperti kotak perhiasan, perabot dan lain-lain.


Pada abad ke 20 seni gulungan kertas ini mula dikenal ke masyarakat luas dengan nama baru iaitu ‘Paper Quilling’.  Keindahannya telah membuat pencinta seni dan kraf menggembangkannya dengan design yang indah dan menjadikannya hiasan untuk bingkai gambar, figura dan sebagainya.  Di Asia, seni ini pada mulanya tidak begitu popular kerana terbatasnya bahan siap seperti potongan kertas yang siap dijual amat sukar ditemui di kedai-kedai pembekal.  Namun sekarang terdapat pembekal alatan seni dan kraf yang membekalkan bahan-bahan seni quilling di Malaysia.