Saturday, November 29, 2014

Kain Cindai

Pengenalan
Kain Cindai

Kain Cindai mula dikenali di alam  Melayu Nusantara sekitar abad ke 15.  Kain Cindai atau dikenali juga sebagai Kain Patola dipercayai berasal  dari Gujerat, India.  Pedagang India yang beragama Islam telah memperkenalkan Kain Cindai dan kemudiannya berkembang di Kepulauan Melayu.  Ia juga dikenali sebagai ‘Chindhe’, kain Geringsing atau Kain Limar.  


Kain Cindai ( Patola) Gujerat bukan sebagai busana sahaja
juga sebagai alatan bertempur, menepis serangan silat,
menjadi ikat bengkung pahlawan yang bertarung -
koleksi Persatuan Senipurba Selangor


Teknik Ikatan

Teknik ikat ganda gaya cindai ditenun menggunakan benang sutera atau kapas. Teknik ikatan ini sangat rumit kerana kedua-dua benang loseng dan pakan harus diikat dan dicelup dengan pelbagai warna secara berasingan.  Warna-warna yang digunakan termasuk warna jingga dan merah kesumba.  Benang yang ditenun menghasilkan ragam hias seperti corak ‘giling kacang’, ‘hujan lebat’, dan corak ‘merpati sekawan’.  


Corak Tenunan Cindai


Sejarah Kain Cindai

Menurut sejarah, Kain Cindai merupakan tekstil pertama yang digunakan oleh anak-anak raja.  Di samping itu Kain Cindai juga digunakan oleh golongan istana sebagai persalinan lengkap pakaian adat seperti bengkung, selendang dan untuk berkemban.  Dalam adat perkahwinan kerajaan Johor-Riau, Kain Cindai adalah tekstil pilihan utama.  Kain ini juga digunakan dalam hampir kesemua upacara adat seperti adat meminang, perkahwinan, kelahiran dan kematian.


Dalam budaya tradisi, telah diperikan tentang Cindai Betina dan Cindai Jantan.  Cindai Betina atau dikenali juga sebagai Cindai Sari agak panjang ukurannya.  Tenunan Cindai Sari lebih kasar dan motif hiasannya lebih kecil.  Kain Cindai ini dipakai oleh kaum lelaki.  Cindai Jantan pula lebih halus, pendek serta mempunyai hiasan bunga besar.  Ianya digunakan oleh kaum wanita sebagai kain pengikat pinggang. 






No comments:

Post a Comment