Sunday, November 2, 2014

Kesan Kesalahan Ketika Mewarna Dengan Cat Air







Cat air merupakan medium catan yang paling popular di kalangan pelajar sekolah. Ia lebih mudah digunakan berbanding dengan cat minyak. Di kalangan penggemar senilukis, catan air diaplikasi dengan lebih luas dan menggunakan bahan yang lebih bermutu contoh nya kertas dan berus yang sememangnya khusus untuk cat air.  Bagaimanapun tidak semua yang mahir dalam menggunakan bahan-bahan ini. Terdapat beberapa masaalah yang sering dihadapi oleh pemula catan air. Kesalahan-kesalahan  yang sering dilakukan oleh pelukis cat air pemula yang menyebabkan mereka berfikir   bahawa cat air adalah medium yang sukar untuk digunakan.. 
      
       Terlalu banyak air.
Jika anda merasa tidak boleh menghasilkan warna-warna yang tajam, kemungkinan kerana anda menggunakan terlalu banyak air sehingga warna-warna yang muncul adalah warna-warna ringan dan muda. Untuk menghasilkan warna yang tajam dan tegas anda hanya perlu sedikit air atau sekadar basah pada berus anda. 


Kurang air semasa pewarnaan basah (washes).
Kurang air semasa pewarnaan awal (washes) akan menyebabkan warna tidak sekata dan perlu waktu lama. 


Menggunakan berus yang terlalu basah di atas kertas yang masih lembab.
Ini adalah kesalahan yang paling sering terjadi. Menggunakan berus yang terlalu basah di atas kertas yang masih lembab akan menghasilkan warna menyebar. Mungkin pada masa tertentu akan menyenangkan kerana anda akan melihat warna-warna yang di luar dugaan, di luar sangkaan anda sebelumnya.


Tidak menunggu kertas mengering selepas melakukan basahan (washes), dan terus melakukan lapisan warna lain (glazing).
Glazing adalah lapisan warna untuk mempertegaskan warna bentuk. Proses ini dilakukan selepas mengotorkan awal (washing), dan kertas sudah mengering. Pelapisan warna yang dilakukan ketika kertas masih lembab mudah merosakkan lukisan anda. 


Salah memilih saiz berus ketika membentuk imej (shaping).
Berus yang terlalu kecil akan melambatkan kerja anda selain menghasilkan lukisan cat air yang kelihatan kasar. Sementara berus yang terlalu besar akan menyulitkan anda saat membentuk gambar dan memberi warna tegas pada kawasan yang sudah dibasahi.  


Kualiti kertas yang tidak elok.
Pastikan anda menggunakan kertas Aquarelle jika tidak ingin hasil cat air anda mengecewakan.

Kertas cat air (Aquarelle) yang baik dibuat dari “linen rag” murni, harganya sangat mahal, kalau untuk pemula yang mungkin masih ragu menggunakannya bolehlah menggunakan kertas-kertas buatan mesin yang tersedia di kedai-kedai alat lukisan. Ada bermacam jenama dan memiliki variasi yang berbeza. Tapi diantara perbezaan itu boleh  dilihat seperti di atas.

       Tak sabar untuk segera membuat lukisan bersaiz besar.
Jika anda baru saja memulakan menggunakan cat air, saya cadangkan anda mula dengan kertas bersaiz kecil (kira-kira 19 cm x 14 cm). Lalu tingkatkan dengan yang lebih besar (28.5 cm x 19 cm). Jika anda sudah merasa selesa menggunakan cat air barulah anda cuba menggunakan kertas yang bersaiz besar. 


Pemilihan berus yang tidak tepat.

Pemilihan berusyang sesuai sangat penting dalam catan. Catan menggunakan medium cat air sangat sesuai menggunakan berus bulat yang mampu mengandung banyak air.



Jenis berus yang sesuai untuk catan warna air:
'Mop Brush' sesuia digunakan untuk mewarnakan
ruang yang besar contohnya mewarna latar belakang.


Berus cat air bulat berkualiti baik mempunyai hujung
yang runcing dan mampu menyerap lebih banyak air.


        Tidak cuba mencampurkan warna pada palet terlebih dahulu sebelum mengaplikasikannya di atas kertas.

        Jika anda baru pertama kali menggunakan cat air, belajar mencampurkan warna asas sangatlah diperlukan. Jika anda sudah terbiasa melukis dengan cat air, gerak hati anda akan membantu anda menghasilkan warna yang anda inginkan. Sehingga anda tak perlu membuang waktu lagi untuk bereksperimen dengan warna. 



        Tidak membuat dengan lakaran awal.

       Langsung melukis, tanpa merancang langkah-langkah dalam melukis dengan cat air.



       Tiada perancangan.

       Tanpa perancangan yang baik, kemungkinan anda akan mengalami kesukaran dalam menggunakan cat air. Senario yang baik misalnya ketika anda harus menutupi kawasan tertentu dari mengotorkan, keutamaan kepada warna-warna lembut untuk warna asas dan menentukan urutan dalam pewarnaan.


























No comments:

Post a Comment