Persembahan wayang kulit menggunakan prisip cahaya dan bayang. |
Pengertian
istilah wayang dalam bahasa Melayu
ialah bayang-bayang yang bergerak ke sana ke mari. Dalang membawa erti orang
yang melakukan persembahan wayang. Panggung pula membawa pengertian tempat
berbumbung yang disekelilingnya tertutup dan digunakan untuk pertunjukan
wayang.
Tok Dalang |
Asal
usul wayang kulit telah banyak diperkatakan sebelum
ini. Rata-rata berpendapat bahawa wayang kulit telah wujud di Indonesia sejak
beberapa kurun lalu dan dibawa dari Indonesia serentak dengan proses penyebaran
agama Hindu. Pendapat ini sukar dibuktikan sama ada benar atau tidak. Kalau pun
benar, kebenaran ini mungkin dalam aspek-aspek tertentu sahaja.
Persembahan wayang kulit diiringi kumpulan muzik. |
Persembahan Wayang Kulit selalunya diiringi
oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai)
atau alat bertali (rebab). Wayang Kulit dipersembahkan dalam
upacara atau perayaan tertentu.
Fungsi Wayang Kulit ini adalah sebagai medium hiburan
dan kadangkala dikaitkan dengan unsur ritual yang terdapat dalam sesuatu
masyarakat. Seni persembahan ini tersebar dan membentuk satu identiti
tersendiri dalam sesebuah masyarakat.
Tok Dalang berperanan menghidupkan cerita. |
Peranan
"Dalang" sebagai dukun atau
bomoh dalam masyarakat merupakan salah satu asas pengekalan tradisi ini di
Kelantan. Dipercayai kekuatan spiritual dalam penyelenggaraan wayang kulit
dapat menimbulkan malapetaka atau bahaya. Dialog persembahan wayang kulit juga
telah diadun dan diubahsuai ke dalam longhat setempat (longhat Kelantan dan
Patani). Kemungkinan inilah juga sebabnya persembahan wayang kulit tidak kekal
dan sesetengahnya diubahsuai mengikut kehendak dan selera masyarakat setempat.
Selain di Jawa dan Malaysia,
wayang kulit juga terdapat di Bali, Kemboja dan China. Nama yang diberi kepada
wayang kulit ini berbeza mengikut budaya dan bahasa setempat, walaupun fungsi
dan asas persembahannya adalah sama. Di Thailand, wayang kulit dikenali sebagai
Nang Yai, di Kemboja disebut dengan nama Nang Sbek manakal di Jawa digelar
Wayang Purwa.
Proses Membuat Patung Wayang Kulit
1) Kulit lembu dijemur untuk dikeringkan.
Kulit lembu yang telah dikeringkan. |
1. Kulit
lembu atau kambing yang telah dibersihkan akan direndam ke dalam air campuran garam, lada, lengkuas dan serai
untuk beberapa hari dan kemudian dijemur
menggunakan pacang di penjurunya. Setelah dipastikan kulit tersebut telah benar-benar kering dan tidak berbau,
bulu-bulu yang terdapat pada
kulit yang telah kering itu akan dikikis menggunakan
kepingan
kaca sehingga bersih.Proses membentuk kulit lembu mengikut corak yang dikehendaki. |
2) Kulit ditebuk dengan menggunakan lingkaran kertas.
Kertas yang telah siap dilukis dengan wajah dari watak wayang kulit akan
ditekapkan ke atas kulit yang telah dibersihkan. Di sinilah terletaknya kreativiti
dan kewibawaan seorang dalang untuk membentuk patung wayang kulit
mengikut watak yang ingin dipersembahkan.Setiap lorekan dan garis lubang
yang ditebuk mempunyai fungsinya yang tertentu dan watak-watak yang
dihasilkan mempunyai identiti estatika yang tersendiri
Meraut buluh. |
3) Buluh, tali dan pewarna
Buluh
sebagai bahan penyadang diraut rapi dan diikat menggunakan tali
kepada
kulit yang telah siap ditebuk. Tali digunakan untuk membuat gerakan pada bibir,
tangan dan lain-lain anggota yang diperlukan pada patung tersebut. Tali ini
akan diikat apabila patung tersebut telah siap diwarnakan mengikut watak yang
digambarkan melalui cerita-cerita tertentu. Warna yang biasa digunakan ialah
dari bahan dye fabrik dan cat air. Kerja-kerja mewarnakan patung wayang kulit
ini memerlukan kreativiti, bakat dan kesabaran yang jitu.
No comments:
Post a Comment