Seni Quilling dan sejarah
serta perkembangannya.
Quilling adalah seni
menggulung kertas. Hasil gulungan dirangkai sedemikian rupa sehingga
menghasilkan bentuk yang menawan. Seni ini pada mulanya diperkenal di Eropah
abad ke 17 dahulu dan dinamakan ‘paper
filigree’ atau ‘roll work’.
Di Negara Perancis dan Itali, seni gulungan kertas ini digunakan oleh para
biarawan untuk menghias ornament yang bersifat keagamaan.
Manakala di Eropah, seni
ini terkenal di zaman Victorian ketika Raja George III. Putri ini sangat
menggemari seni ini sehingga ia dikenal dengan ‘roll work’nya. Hasil
kerjanya dijadikan cenderamta yang berupa hiasan paper filigree. Hadiah
pemberiannya yang paling terkenal adalah berupa kotak barang perhiasan.
Dari Eropah, seni ini berkembang ke benua Amerika. Penggunanya tidak lagi
terbatas pada ornament keagamaan, tetapi mula menghiasi bermacam benda seperti
kotak perhiasan, perabot dan lain-lain.
Pada abad ke 20 seni
gulungan kertas ini mula dikenal ke masyarakat luas dengan nama baru iaitu
‘Paper Quilling’. Keindahannya telah membuat pencinta seni dan kraf
menggembangkannya dengan design yang indah dan menjadikannya hiasan untuk
bingkai gambar, figura dan sebagainya. Di Asia, seni ini pada mulanya
tidak begitu popular kerana terbatasnya bahan siap seperti potongan kertas yang
siap dijual amat sukar ditemui di kedai-kedai pembekal. Namun sekarang
terdapat pembekal alatan seni dan kraf yang membekalkan bahan-bahan seni
quilling di Malaysia.
No comments:
Post a Comment