‘Doodle’
adalah satu lukisan unfocused atau tidak sedarkan diri . Doodle mengikut fahaman saya tidak ubah seperti
corat-coret. Di kala kita bersendirian atau melamun kadangkala terhasil
corat-coret yang tidak disengajakan atau tidak dirancang. Mencoret
merupakan hal paling mudah di lakukan, dengan media untuk menulis, seperti
kertas, pen dan pencil, kita dapat menghasilkan sebuah coretan.
Contoh
stereotaip doodling terdapat dalam buku nota sekolah, di atas meja bilik darjah
ketika pelajar berkhayal atau kehilangan minat dalam kelas. Contoh umum lain
doodling dihasilkan semasa perbualan telefon lama jika pen dan kertas boleh
didapati. Jenis popular doodle termasuk versi kartun guru atau sahabat di
sebuah sekolah, TV terkenal atau watak-watak komik, mencipta makhluk fiksyen,
landskap, bentuk geometri, corak dan tekstur.
Kegiatan "mencoret" seperti ini juga sering disebut dengan
‘doodling’. Doodle Art sendiri adalah suatu gaya menggambar dengan cara
mencoret, kelihatan abstract, ada yang tidak bermakna dan ada juga tidak
yang bermakna. Terkadang karya yang dihasilkan tidak memiliki maksud namun
terlihat unik dan menarik. Sebuah karya doodle biasanya adalah ekspresi
atau luahan perasaan si pembuatnya. Apa yang dilakar atau dicoret lahir
terus dari naluri hati pelukis itu yang kadangkala lahir tanpa disedari oleh
fikiran kita.
‘Doodle art’ kadang mampu menenangkan hati si pembuatnya. Semakin di
buat dengan sepenuh jiwa dan perasaan, karya yang dihasilkan semakin menarik,
unik dan mempunyai makna mendalam. Oleh itu karya doodle tidak sekadar
jadi hobi corat-coret, tapi juga mempunyai kedalaman makna dan gaya. ‘Doodle
art’ juga memiliki sejarahnya. Tahukah anda sejarah lukisan terdapat digua-dua
batu zaman dahulu. Ini merupakan salah satu gaya doodle art tertua,
bahkan sebelum orang mengenal tulisan, dimana doodling dijadikan alat untuk
menceritakan sebuah kisah atau peristiwa masa itu yang boleh dihaati turun
temurun hingga melakar sejarahnya sendiri.
Lukisan zaman kuno di Gua Magura, Bulgaria. |
Doodle art adalah
sarana berkarya dan berkreativiti dengan cara paling mudah, murah lagi meriah.
Tidak perlu kertas khusus seperti kanvas, di atas surat khabar atau cebisan
kertas sekalipun boleh dilakukan. Semua kembali ke pembuat doodle art itu
sendiri dalam memilih peralatan dan gaya doodling yang selesa
bagi dirinya.
Kini gaya doodle art ini banyak di pakai sebagai salah satu elemen dalam reka bentuk grafik.
dan bermakna. Doodle art biarpun ringkas, selamba dan santai namun hasilnya sangat terkesan
Bagi yang ingin mencuba, mari kita lihat video ini.
No comments:
Post a Comment