Seni jalanan yang
biasa kita dengar dan lihat ialah Grafiti iaitu menyelimuti dinding-dinding
kota dengan tulisan atau gambar melalui semburan cat . Manakala seni ‘Yarn Bombing’ pula ialah
menyelimuti kemudahan awam dengan "baju warna-warni". ‘Yarn
Bombing’ adalah seni jalanan unik. Tujuannya mudah saja... "Untuk menerangi dunia
dengan warna". Ia benar-benar sesuatu yang istimewa dan unik. Bom
Benang, adalah satu tindakan seni jalanan di mana 'pengait dan perenda' bersatu
atau mengait benang pada objek awam. Ia bermula pada 2004 di Netherlands dan
sehingga kini seni ini telah tersebar sebagai satu fenomena di seluruh
dunia.
Pastikan sebelum ianya bermula,
dapatkan kebenaran dari majlis perbandaran!
Benang dipintal dengan
beragam warna lalu dipakaikan di tempat-tempat awam, contohnya seperti di
tempat duduk jalanan, di batang pohon, tiang lalu-lintas, dan lain-lain. Jika
dibandingkan dengan seni Grafiti, ‘Yarn Bombing’ lebih
mudah dibersihkan. Mari kita lihat seni ‘Yarn Bombing’ yang
terdapat di tempat-tempat awam.
No comments:
Post a Comment