Seekor raksasa muncul di permukaan air dan menghasilkan percikan air serta ombak besar hingga menyebabkan sampan terbalik.
Gambarkan situasi ini dengan memberi penekanan kepada ruang, jalinan, dan aksi raksasa tersebut.
Kupasan:
Soalan imaginasi seperti ini kerap keluar di antara 6 soalan pilihan PSV K2 SPM. Sebelum memulakan lakaran, pelajar perlu membuat sedikit kajian dan memahami kehendak soalan.
1. Seekor raksasa - soalan tidak merujuk kepada raksasa bentuk bagaimana.
Pelajar bebas mengimaginasikan raksasa yang bakal anda lukis. Tiada yang salah apa pun imaginasi anda selagi ia berpandukan kepada kehendak soalan, yang penting anda memahami istilah raksasa itu semestinya sebagai makhluk yang bersaiz luar biasa.
2. Menghasilkan percikan air serta ombak besar.
Di sini pelajar harus mengkaji bagaimana hendak menggambarkan percikan air dan ombak besar. Boleh lihat di internet gambar-gambar ombak besar.
3. Memberi penekanan kepada ruang, jalinan, dan aksi raksasa.
Buat kajian tentang beberapa gambar raksasa. Perhatikan jalinan yang ada pada raksasa itu. Aksinya raksasa menyerang.
Baiklah...perlu di ketahui bahawa melihat kertas putih semata-mata sudah tentu tidak dapat mencetuskan sebarang idea tanpa membuat kajian atau 'homework'. Pelajar sendiri pun tidak pernah melihat kewujudan raksasa di hadapan mata, namun pelajar masih boleh berimaginasi dari tontonan filem atau membaca buku cerita.
Zaman ledakan maklumat dihujung jari seperti sekarang ini rasanya tiada masaalah untuk pelajar membuat kajian. Banyak bahan boleh diperolehi asal saja ada usaha untuk mendapatkannya. Jika pelajar menggunakan peluang ini sebaikbnya sudah pasti tidak timbul masaalah pelajar termangu-mangu di dalam dewan peperiksaan kerana kekontangan idea.
Di sini saya hanya ingin membantu pelajar yang masih kebuntuan. Apa yang perlu anda kaji adalah beberapa gambar raksasa yang hidup di dalam air.
1. Raksasa di dalam air.
Sketching with paint- dragon, of course!
2. Percikan air dan ombak besar.
3. Lakaran dan olahan idea.
3. Teknik mewarna percikan air/ombak besar
Video di bawah di harap sedikit sebanyak dapat membantu anda mempelajari teknik mewarna yang betul dalam menjawab soalan ini.
Learn How to Create A Large Wave The Easy Way
Video di bawah di harap sedikit sebanyak dapat membantu anda mempelajari teknik mewarna yang betul dalam menjawab soalan ini.
Learn How to Create A Large Wave The Easy Way
Making Waves - Techniques for Painting Ocean Waves in Watercolor with Susie Short
Watercolor with Lian Quan Zhen_ Splashing Painting Techniques
PERINGATAN:
Untuk makluman pelajar-pelajar, gambar-gambar yang dipaparkan bukanlah jawapan sebenar kepada soalan di atas. Ia hanya sebagai bahan rujukan atau sumber pencetus idea semata-mata. Pelajar haruslah menjawab mengikut kehendak soalan sebenar.
Tujuan penulis sekadar membincangkan soalan ini untuk memudahkan pelajar memahaminya.
Apa pun saya harapkan ia dapat membantu pelajar menghasilkan karya yang terbaik.
Juga boleh klik DI SINI
Selamat Mencuba, semoga berjaya!
THNK doakan hari nie exam PSV
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan....Aminnn.
DeleteAgen Poker Online Terbesar SeAsia JuraganQQ
ReplyDeleteBerkesempatan Menjadi Seorang Jutawan
href="http://juraganqq.com/app/Default0.aspx?
Keuntungan Bermain Bersama JuraganQQ
- Proses Depo/WD Super Cepat
- Minimal Depo/WD Rp.20.000
- Csnya Ramah",Baik,dan Sopan
- Berkesempatan Menjadi Seorang Jutawan
- Bonus Rolingan & Bonus Referall
- 7 Game Dalam 1 ID
Panduan Cara Bermain CapsaSusun
http://tipsjituonline99.blogspot.com/2017/05/cara-dan-panduan-bermain-capsa-susun.html
Thanks for the tips..very helpful indeed😊
ReplyDelete