Saturday, November 29, 2014

Perhiasan Diri Masyarakat melayu


Pengenalan

Barang perhiasan merupakan pelengkap dan penyeri kepada si pemakai tidak kira lelaki mahupun wanita. Barang perhiasan bagi lelaki adalah seperti tali pinggang besar (seperti tali pinggang jemaah haji), jam gantung, tongkat, cincin dan lain-lain. Manakala bagi wanita pula, barangan perhiasannya kebanyakan diperbuat daripada emas ataupun perak seperti gelang, cincin, rantai, subang, cucuk sanggul, kerongsang dan sebagainya.

Sejak zaman pemerintahan Melayu lama lagi, pakaian dan perhiasan diri dianggap sebagai lambang atau kedudukan di dalam sesebuah masyarakat Melayu. Namun pada hari ini, tanggapan tentang lambang atau kekuasaan seseorang tidak lagi diambil kira kerana semua golongan mampu untuk memiliki barang perhiasan diri mengikut citarasa dan perkembangan terkini. Barang perhiasan kerapkali dipakai oleh wanita ketika menghadiri majlis-majlis yang tertentu seperti majlis perkahwinan dan sebagainya.


Barang Hiasan

Barang perhiasan yang sering dikaitkan dengan wanita lazimnya diperbuat daripada emas atau perak. Selain itu, terdapat juga barang perhiasan yang diperbuat daripada tembaga. Terdapat pelbagai reka bentuk dan corak yang menghiasi barang perhiasan tersebut. Pada zaman dahulu tukang emas atau perak biasanya memilih corak yang berunsur flora dan fauna (motif tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan binatang). Masyarakat pada zaman dahulu sangat akrab dengan alam semula jadi maka dengan itu, kebanyakan bentuk dan corak yang terdapat pada barang perhiasan wanita memiliki ciri-ciri alam.


Reka bentuk dan corak untuk menghasilkan barang perhiasan adalah sangat penting. Hal ini kerana ukiran tersebut melambangkan nilai dan maksud yang tertentu. Tukang emas/perak/tembaga Melayu pada zaman dahulu lebih gemar memilih motif bunga-bungaan tumbuh-tumbuhan. Hal ini kerana reka bentuk dan corak pada barang perhiasan secara tidak langsung dapat membezakan hasil pertukangan masyarakat Melayu dengan masyarakat yang lain. Di samping itu ukiran ini juga dapat menerangkan sejarah dan perkembangan seni pembuatannya.


Pending

pending
Pending

Pending ialah pengancing tali pinggang atau kepala tali pinggang yang direka dan dihias indah dengan berbagai-bagai motif. Pending biasanya dipakai oleh kaum lelaki dan wanita Melayu sebagai pakaian istiadat. Kaum lelaki menggunakannya untuk mengikat kain dan samping manakala kaum wanita pula, terutamanya di Kelantan, memakai pakaian yang popular Cik Siti Wan Kembang, seorang pemerintah wanita yang terkenal dalam kurun ke-15 yang turut memakai pending. Boleh dikatakan kebanyakan daripada pending yang ditemui pada masa ini adalah yang berbentuk bujur seperti mata manusia, bulat, segi empat dan sebagainya. Pending yang dipakai oleh pembesar-pembesar Melayu dan raja yang memerintah dibentuk dengan menggunakan emas atau suasa. Namun demikian ada juga yang diperbuat daripada perak sahaja atau tembaga yang bercutam. 
    

Dokoh

Dokoh

Dokoh merupakan salah satu daripada aksesori tradisional wanita yang dipakai di leher yang mempunyai tiga atau lebih plat yang diperbuat daripada timah, tembaga atau logam.
Pada suatu ketika dahulu, dokoh selalu digayakan dengan pemakaian baju kebaya. Dokoh juga sering digunakan menjadi alat perhiasan pasangan pengantin sejak zaman dahulu lagi. Kini, penggunaannya tidak lagi terhad. Pada masa kini, penggayaannya bersama baju kurung telah menjadi salah satu daripada fesyen pada masa kini.


Cucuk Sanggul

Cucuk Sanggul


Cucuk sanggul berjurai
Pada masa lalu, kebanyakan wanita Melayu memiliki  rambut panjang, dianggap mempunyai sifat yang feminin. Cucuk sanggul telah digunakan untuk memegang sehingga rambut panjang mereka dalam sanggul di belakang kepala mereka. Biasanya cucuk sanggul diperbuat daripada emas atau perak,Penyemat  atau cucuk sanggul inibiasanya dipakai dalam set tiga, lima atau tujuh oleh pengantin perempuan dan penari tradisional.



Caping

Caping

Caping merupakan hiasan tubuh bagi kanak-kanak.  Caping biasanya diperbuat daripada logam yang berbentuk daun ara tanpa ukiran.  Bagaimanapun terdapat bukti dan rekod yang menunjukkan bahawa caping diperbuat daripada berbagai-bagai bahan seperti emas, perak, tembaga kuning dan merah, kulit kerang, tempurung, kayu dan kadangkala berbagai-bagai bahan yang dijalin, ditempah atau dipaterikan.  

Caping dipercayai telah diperkenalkan di negara ini oleh orang India sejak zaman Seriwijaya iaitu sekitar kurun ketujuh hingga ke-13 Masihi. Ia digunakan dengan meluas oleh kanak-kanak perempuan di utara dan di pantai timur Semenanjung Malaysia.  Penggunaan caping di negeri-negeri lain tidaklah begitu meluas. Memang ada bukti yang menunjukkan bahawa caping turut digunakan di daerah-daerah lain di dunia tetapi setakat ini tidak ada dokumentasi untuk menjadi bukti atau rujukan yang berwenang tentang perkara ini.



Hiasan Telinga

Hiasan Telinga atau Anting-anting

Terdapat beberapa jenis hiasan telinga dalam tinggalan orang yang terdahulu.  Antaranya Sunting Malar iaitu satu-satunya hiasan yang digantung di telinga.  Ia dibentuk dengan menggunakan kepingan perak ataupun emas.  Sunting malar biasanya dipakai oleh penari-penari di istana raja dan pernah dikatakan berasal dari Thailand, yang dibawa masuk oleh orang Melayu Patani, dan juga dari India.  Barang kemas ini masih lagi popular di kalangan wanita Kelantan terutama sekali penari-penari dan sewaktu mengandamkan pengantin perempuan yang akan bersanding di atas pelamin.        



Gelang Kaki

Gelang Kaki

Semenjak beberapa kurun yang lalu memakai gelang kaki sebagai perhiasan diriserta menjadi keistimewaan masyarakat Melayu khususnya kaum wanita.Besar kemungkinan kemasyhuran ini bermula sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi.

Gelang kaki biasanya dipakai oleh wanita Melayu, India dan Nyonya. Di Melaka, pengantin perempuan yang berpakaian tradisional berasa tidak lengkap sekiranya tidak memakai gelang kaki apabila menaiki pelamin

Pada mulanya gelang-gelang dibentuk dengan menggunakan dawai-dawai kasar yang dipintal bulat dan dicelup atau disadur emas. Namun yang demikian terdapat juga gelang-gelang yang diperbuat daripada plastik yang tidak kurang cantiknya. Bagi mereka yang berada atau yang kaya, gelang-gelang mereka ditempah khas, biasanya diperbuat daripada emas atau perak.




20 comments:

  1. Dimanakah saya boleh mendapatkan barangan perhiasan perak mahupun tembaga seperti dulang hantaran, cucuk sanggul, perhiasan pengantin dan boleh dibeli dgn harga kilang?

    ReplyDelete
  2. Haha yas savage bish

    ReplyDelete
  3. Tumpang tanya, saya ada jumpa anting anting di kebun sawit. Saya cuba rendam dalam cuka getah tapi tiada perubahan. Rendam dalam asid cuci enjin tapi tiada perubahan. Cuba dengan magnet tidak lekat. Adakah itu emas atau tembaga

    ReplyDelete
  4. Tiada perubahan pada warna yg karat. Boleh jadi perak S925 kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde sape tanya kau kalau mak bapak kau sayang kau ke tak jadi senyap ah

      Delete
  5. Pontoh takde ke infonya.
    Banyak lagi yang tertinggal. Harap sudilah kiranya ditambah.

    ReplyDelete
  6. Pernahkah merasa tertipu oleh agen yang sangat anda percayai?? yang menawarkan berbagai bonus dan kata-kata manis?? dan akhir yang anda dapatkan adalah kecewa??

    Saatnya Tinggalkan itu semua.. Kami hadir untuk mengembalikan semangat bermain anda..dapatkan pelayanan memuaskan yang nyaman dan tidak ribet..

    Dapatkan Proses Transaksi Deposit & Withdraw Yang Cepat dan Tidak Ribet..Bonus yang PASTI..
    Kami Tidak Takut Anda Menang...Kami Segan Jika Anda Kecewa...

    Winning303 Agen betting online yang sudah berpengalaman dan profesional..Hadirkan Permainan Lengkap dan Pelayanan Ramah serta Profesional yang membuat anda tidak akan berpaling lagi..

    Cukup 1 ID saja dan tidak perlu ribet ganti user id untuk bermain:
    -Sports
    -Poker
    -Live Casino
    -Slots
    -Lotere/Togel
    -Sabung Ayam'

    Winning 303 Banjir Hadiah Yukz gabung bersama kami dan Dapatkan Langsung

    Bonus New Member Slot 15%
    Bonus New Member Poker 10%
    Bonus New Member Sabung Ayam 10%
    Bonus New Member Sportsbook & Live Casino 20%
    Bonus Deposit 10% Setiap Hari
    Bonus Deposit 10% Slot Setiap Hari
    Bonus Deposit Sabung Ayam 5%
    Bonus Cashback 5-10%
    Bonus 100% 7x Kemenangan Beruntun Sabung Ayam
    Diskon Togel Hingga 65%
    Bonus Rollingan Slot 1%
    Bonus Rollingan Poker dan Live Casino 0.5%

    Yang Lain Sudah Bergabung...Sekarang Giliran Anda....

    Customer Service 24 Jam
    Hubungi Kami di :
    WA: +6287785425244

    ReplyDelete
  7. Dokoh alat perhiasan untuk lelaki ke perempuan?

    ReplyDelete
  8. Cikgu mintak izin nak download gambar tu untuk folio

    ReplyDelete
  9. slide tidak bermanfaat- sileee ninggall!
    by- ninggal bin sila

    ReplyDelete
  10. Anda stress? tidak mempunyai duit? direjct awek kerana miskin?- tenang! bukan masalah aq un, pandai2 ar hidop-

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas slide yang disediakan. Tapi maklumat yang diberikan kurang terperinci dan juga tak cukup. Boleh tambah baik lagi contohnya nyatakan jenis, motif yang ada, banyakkan contoh bergambar, fungsi-fungsi perhiasan dan sejarah

    ReplyDelete