Joe Francis Dowden adalah seorang artis cat air landskap dari
Britain. Lukisan cat air beliau dari sungai, hutan dan pemandangan laut
amat menakjubkan dan kelihatan sempurna.
Joe adalah master cat air yang mencipta keajaiban dengan cat. Lukisan air
dengan cat air adalah pekerjaan yang sukar. Kemahiran beliau dalam lukisan air
dan sungai adalah terpuji. Beliau mengadakan beberapa pameran (Sunday Times
Pameran) Pameran di Pameran Seni Laing,
Pengarang beberapa buah buku cat air yang menunjukkan teknik cat air
landskap yang berbeza secara terperinci dan
mengambil bahagian dalam seminar juga menerbitkan artikel lukisan di
seluruh dunia.
Friday, October 31, 2014
PSV Kertas 2 SPM : Pemandangan sungai di dalam hutan
Suasana di dalam hutan. Sebatang sungai mengalir jernih. Di atas permukaan air kelihatan riak-riak air tenang dan bebayang pepohon yang berada di sekitarnya. Suasana redup dan damai menghidupkan pemandangan dengan warna-warna alam yang menyejukkan mata memandang. Gambarkan keadaan ini dengan menekankan penggunaan ruang, jalinan, warna dan pencahayaan.
PSV Kertas 2 SPM : Burung memberi makan anaknya di sangkar
SOALAN PSV KERTAS 2 :
Di sebatang dahan terdapat sebuah sarang burung. Terdapat anak burung di dalamnya. Seekor burung yang hinggap berhampiran sedang memberi makan kepada anaknya. Gambarkan suasana ini dari pandangan dekat. Penekanan hendaklah diberi kepada jalinan, warna, bentuk dan kesan pencahayaan.
Tutorial teknik mewarna sarang burung.
Teknik Mewarna Daun
Daun datang dalam pelbagai bentuk, warna dan tekstur dan lagi, sebagai tutor cat air raya, saya telah mendapati bahawa pelajar cenderung menghindar dari melukis dedaun tumbuhan berbanding tumpuan yang lebih terhadap melukis buah dan bunga dengan lebih detail. Ini adalah beberapa petua dan tips tentang cara untuk memulakan pewarnaan daun. Warna dan pencahayaan tidak lari dari perhatian utama ketika mewarna. Ia adalah amat sukar untuk melukis bahkan bunga asas atau daun jika anda tidak mematuhi dan memahami strukturnya. Tidak semua daun berwarna hijau.
Adalah perlu untuk meneliti tentang bentuk, corak urat dan tekstur
permukaan. Bahkan bentuk daun sederhana jarang benar-benar rata. Satu sisi
adalah sering lebih gelap dari yang lain, kerana bahagian daun sering kelihatan
melentuk ke arah cahaya dan separuh lagi dalam bayangan. Mulakan dengan
mewarnakan seluruh daun dengan warna asasnya dahulu, kemudian diikuti dengan
penelitian yang lebih terhadap struktur, bentuk dan bayang. Anda boleh ikuti
beberapa teknik mewarna yang ditunjukkan dalam video ini.
PSV Kertas 2 SPM : Berada di Alam Cendawan
Pernah pelajar-pelajar mendapat soalan kertas 2 bertajuk dunia cendawan. Mungkin guru anda pernah mengeluarkan soalan berbentuk imaginasi berkaitan dunia cendawan. Samada dalam latihan menjawab kertas 2 SPM atau dalam peperiksaan akhir tahun atau percubaan SPM.
Jika anda tidak pernah menjawab soalan berkaitan tajuk ini, saya ingin berkongsi soalan ini untuk anda cuba di rumah atau di sekolah.
SOALAN PSV KERTAS 2:
BERADA DI ALAM CENDAWAN
Anda berada di satu lokasi belum pernah anda kunjungi. Kawasan itu di penuhi dengan cendawan yang cantik, pelbagai bentuk, saiz, warna dan jalinan yang menarik. Gambarkan keadaan ini dengan komposisi yang menarik.
Jika anda tidak pernah menjawab soalan berkaitan tajuk ini, saya ingin berkongsi soalan ini untuk anda cuba di rumah atau di sekolah.
SOALAN PSV KERTAS 2:
BERADA DI ALAM CENDAWAN
Anda berada di satu lokasi belum pernah anda kunjungi. Kawasan itu di penuhi dengan cendawan yang cantik, pelbagai bentuk, saiz, warna dan jalinan yang menarik. Gambarkan keadaan ini dengan komposisi yang menarik.
Lukisan dan catan di atas hanyalah gambaran dari apa yang ingin digambarkan dalam menjawab soalan tersebut. Pelajar boleh menggabungkan beberapa idea di atas utuk penghasilan catan yang lebih baik dan menarik.
Selamat mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)