Friday, October 31, 2014

Teknik Mewarna Daun




Daun datang dalam pelbagai bentuk, warna dan tekstur dan lagi, sebagai tutor cat air raya, saya telah mendapati bahawa pelajar cenderung menghindar dari melukis dedaun tumbuhan berbanding tumpuan yang lebih terhadap melukis buah dan bunga dengan lebih detail. Ini adalah  beberapa petua dan tips tentang cara untuk memulakan pewarnaan daun. Warna dan pencahayaan tidak lari dari perhatian utama ketika mewarna. Ia adalah amat sukar untuk melukis bahkan bunga asas atau daun jika anda  tidak mematuhi dan memahami strukturnya. Tidak semua daun berwarna hijau.   

Adalah perlu untuk meneliti tentang bentuk, corak urat dan tekstur permukaan. Bahkan bentuk daun sederhana jarang benar-benar rata. Satu sisi adalah sering lebih gelap dari yang lain, kerana bahagian daun sering kelihatan melentuk ke arah cahaya dan separuh lagi dalam bayangan. Mulakan dengan mewarnakan seluruh daun dengan warna asasnya dahulu, kemudian diikuti dengan penelitian yang lebih terhadap struktur, bentuk dan bayang. Anda boleh ikuti beberapa teknik mewarna yang ditunjukkan dalam video ini.





































































PSV Kertas 2 SPM : Berada di Alam Cendawan

Pernah pelajar-pelajar mendapat soalan kertas 2 bertajuk dunia cendawan. Mungkin guru anda pernah mengeluarkan soalan berbentuk imaginasi berkaitan dunia cendawan. Samada dalam latihan menjawab kertas 2 SPM atau dalam peperiksaan akhir tahun atau percubaan SPM.

Jika anda tidak pernah menjawab soalan berkaitan tajuk ini, saya ingin berkongsi soalan ini untuk anda cuba di rumah atau di sekolah.

SOALAN PSV KERTAS 2:

BERADA DI ALAM CENDAWAN

Anda berada di  satu lokasi belum pernah anda kunjungi.  Kawasan itu di penuhi dengan cendawan yang cantik, pelbagai bentuk, saiz, warna dan jalinan yang menarik. Gambarkan keadaan ini dengan komposisi yang menarik.


   




  


  


   


   




Lukisan dan catan di atas hanyalah gambaran dari apa yang ingin digambarkan dalam menjawab soalan tersebut.  Pelajar boleh menggabungkan beberapa idea di atas utuk penghasilan catan yang lebih baik dan menarik.

Selamat mencuba!










Wednesday, October 29, 2014

The Best National Geography Photoshot

Sang katak berpaut di mulut biawak bakal menjadi santapan percuma nampaknya.


Seorang budak lelaki Tibet sedang memegang tangan ayahnya . 
Ayahnya seorang pekerja buruh binaan jalan di Tibet.
Gambar ehsan Sargi Barisashvili.


national geographic photos
Kerutan di sekitar mata warga tua ini memnberi kesan visual paling menarik.

national geographic photos
Pancaran kilat menghentam antena Bangunan Pusat di Hong Kong ketika berlakunya 
ribut pada september 2009.  Gambar oleh Micheal Siwad.


national geographic photos
Perjalanan yang merbahaya. Seorang wanita di India duduk di antara penyambung gerabak 
dalam perjalanan Keretapi ke Utara Dhaka  kerana kehabisan tiket atau  mungkin kehabisan 
tiket perjalanan sempena musim perayaan. Gambar oleh Amy Helene Johansson.


national geographic photos
Saat ribut petir supercell sedang bergulung di atas ruang udara 
padang rumput Montana saat matahari terbenam. Gambar oleh Sean Heavey.



national geographic best award photograph

Beruang coklat di tebingSungai Buskin Kodiak, Alaska.  Gambar diambil ketika satu 
jam matahari terbit. wap embun kelihatan mengepul dari tubuhnya, 
Gambar oleh James Hanskin.





Tuesday, October 28, 2014

Pemandangan Alam Yang Tiada Tandingnya!




Killington Vermont 
Pada musim luruh dedaun berwarna-warni mengubah
lanskap hutan hijau ke lapisan hutan penuh warna warni.


Cornwall, England.




Sg. Cano Cristales, Columbia. 
Dikenali sebagai Sungai Lima Warna namun sungai ini 
tidak dapat didiami oleh mana-mana spesis ikan pun.

Hokaido Japan. 
Ladang ini dikenali dengan nama ladang pelangi
yang cantik beralun dengan dipenuhi barisan bunga 
ditanam pelbagai warna.

Tasik Lima Bunga di China.
Merupakan salah satu daripada 118 tasik di Taman Negara Jiuzhaigou, China.
Kawasan ini mewujudkan pallete berwarna-warni terutamanya daripada 
deposit mineral dan tumbuhan dari persekitarannya.

Gunung Fujiyama


Taman Hitsujiyama, Jepun.
Garis lumut merah jambu di kaki Gunung Fuji 
mewujudkan kontra nyata dengan tumbuhan disekitarnya.





The Great Barrier Reef, Australia.
Lubuk kepada 1500 spesis ikan dan 600 terumbu karang ini merupakan 
pusat percutian warga Australia dan pelancong luar paling popular 
terutamanya dalam aktiviti skuba.Penyelam-penyelam akan terpesona 
dengan keindahan warni-warna hidupan dasar laut di sini.



Daerah Yuanyang China.
Disebalik corak berlapis pelbagai warna, tahukah anda bahawa kawasan ini membekalkan 
beras bagi berjuta-juta pendiuduk di seluruh negara China.










Ladang Lavender, Perancis.
Lavender ditanam besar-besaran dan dikomersialkan secara meluas.
Harumannya yang segar menjadi kegemaran ramai. Di sinilah Ladang terbesar 
Lavender di Perancis indah dengan hamparan ungu yang mengujakan.







Braunwald, Switzerland.


Ladang Dandelion, Banjaran Alps.
Ladang bunga Dandelion berlatar belakangkan Banjaran Alps 
merupakan satu pemandangan menakjubkan!


Pantai Laut Merah, China.
Kawasan tanah lembab yang terbesar di dunia,tanah beralkali 
yang membolehkan tumbuh-tumbuhan sueda merah cerah untuk berkembang.

Ladang Tulip, Netherland.


Alberta, Canada.
Tasik Moraine mendapat air dari glasier dan warna biru yang cantik akibat hakisan batu kapur.

Juneau, Alaska.
Gua ais di bawah Mendenhall Glasier adalah tempat yang ajaib yang mungkin 
tidak bertahan lama. Glasier sepanjang 12 batu pada mulanya berubah hanya tinggal 
2 batu sahaja disebabkan perubahan iklim mendadak dunia sejak 1958.
Sangat membimbangkan!

Padang rumput Alpine, Himalaya, India.
Padang rumput yang dipenuhi bunga Alpine tumbuh segar sepanjang cerun tinggi Himala Barat. Di taman ini juga merupakan tempat tinggal spesis haiwan yang sukar dan jarang ditemui seperti beruang Asiatic hitam, harimau salji dan biri-biri biru. 









Gunung Himalaya.


Hmmmm....menakjubkan bukan! Tiada yang dapat menandingi ciptaan Tuhan Yang Maha Esa. Melihat gambar-gambar ini membuat kita begitu kerdil disisinya.