Friday, October 31, 2014

PSV Kertas 2 SPM : Pemandangan sungai di dalam hutan

Soalan :

Suasana di dalam hutan. Sebatang sungai mengalir jernih. Di atas permukaan air kelihatan riak-riak air tenang dan bebayang pepohon yang berada di sekitarnya. Suasana redup dan damai menghidupkan pemandangan dengan warna-warna alam yang menyejukkan mata memandang. Gambarkan keadaan ini dengan menekankan penggunaan ruang, jalinan, warna dan pencahayaan.


           


         


        


   
























PSV Kertas 2 SPM : Burung memberi makan anaknya di sangkar



SOALAN PSV KERTAS 2 :
Di sebatang dahan terdapat sebuah sarang burung. Terdapat anak burung di dalamnya. Seekor burung yang hinggap berhampiran sedang memberi makan kepada anaknya. Gambarkan suasana ini dari pandangan dekat.  Penekanan hendaklah diberi kepada jalinan, warna, bentuk dan kesan pencahayaan.





   



    



    


  


   


  


  



   




Tutorial teknik mewarna sarang burung.





Teknik Mewarna Daun




Daun datang dalam pelbagai bentuk, warna dan tekstur dan lagi, sebagai tutor cat air raya, saya telah mendapati bahawa pelajar cenderung menghindar dari melukis dedaun tumbuhan berbanding tumpuan yang lebih terhadap melukis buah dan bunga dengan lebih detail. Ini adalah  beberapa petua dan tips tentang cara untuk memulakan pewarnaan daun. Warna dan pencahayaan tidak lari dari perhatian utama ketika mewarna. Ia adalah amat sukar untuk melukis bahkan bunga asas atau daun jika anda  tidak mematuhi dan memahami strukturnya. Tidak semua daun berwarna hijau.   

Adalah perlu untuk meneliti tentang bentuk, corak urat dan tekstur permukaan. Bahkan bentuk daun sederhana jarang benar-benar rata. Satu sisi adalah sering lebih gelap dari yang lain, kerana bahagian daun sering kelihatan melentuk ke arah cahaya dan separuh lagi dalam bayangan. Mulakan dengan mewarnakan seluruh daun dengan warna asasnya dahulu, kemudian diikuti dengan penelitian yang lebih terhadap struktur, bentuk dan bayang. Anda boleh ikuti beberapa teknik mewarna yang ditunjukkan dalam video ini.





































































PSV Kertas 2 SPM : Berada di Alam Cendawan

Pernah pelajar-pelajar mendapat soalan kertas 2 bertajuk dunia cendawan. Mungkin guru anda pernah mengeluarkan soalan berbentuk imaginasi berkaitan dunia cendawan. Samada dalam latihan menjawab kertas 2 SPM atau dalam peperiksaan akhir tahun atau percubaan SPM.

Jika anda tidak pernah menjawab soalan berkaitan tajuk ini, saya ingin berkongsi soalan ini untuk anda cuba di rumah atau di sekolah.

SOALAN PSV KERTAS 2:

BERADA DI ALAM CENDAWAN

Anda berada di  satu lokasi belum pernah anda kunjungi.  Kawasan itu di penuhi dengan cendawan yang cantik, pelbagai bentuk, saiz, warna dan jalinan yang menarik. Gambarkan keadaan ini dengan komposisi yang menarik.


   




  


  


   


   




Lukisan dan catan di atas hanyalah gambaran dari apa yang ingin digambarkan dalam menjawab soalan tersebut.  Pelajar boleh menggabungkan beberapa idea di atas utuk penghasilan catan yang lebih baik dan menarik.

Selamat mencuba!










Wednesday, October 29, 2014

The Best National Geography Photoshot

Sang katak berpaut di mulut biawak bakal menjadi santapan percuma nampaknya.


Seorang budak lelaki Tibet sedang memegang tangan ayahnya . 
Ayahnya seorang pekerja buruh binaan jalan di Tibet.
Gambar ehsan Sargi Barisashvili.


national geographic photos
Kerutan di sekitar mata warga tua ini memnberi kesan visual paling menarik.

national geographic photos
Pancaran kilat menghentam antena Bangunan Pusat di Hong Kong ketika berlakunya 
ribut pada september 2009.  Gambar oleh Micheal Siwad.


national geographic photos
Perjalanan yang merbahaya. Seorang wanita di India duduk di antara penyambung gerabak 
dalam perjalanan Keretapi ke Utara Dhaka  kerana kehabisan tiket atau  mungkin kehabisan 
tiket perjalanan sempena musim perayaan. Gambar oleh Amy Helene Johansson.


national geographic photos
Saat ribut petir supercell sedang bergulung di atas ruang udara 
padang rumput Montana saat matahari terbenam. Gambar oleh Sean Heavey.



national geographic best award photograph

Beruang coklat di tebingSungai Buskin Kodiak, Alaska.  Gambar diambil ketika satu 
jam matahari terbit. wap embun kelihatan mengepul dari tubuhnya, 
Gambar oleh James Hanskin.