Tuesday, November 11, 2014

Soalan PSV Kertas 2 SPM 2014 - Kemunculan Raksasa Di Permukaan Air

Soalan 4:
Seekor raksasa muncul di permukaan air dan menghasilkan percikan air serta ombak besar hingga menyebabkan sampan terbalik.

Gambarkan situasi ini dengan memberi penekanan kepada ruang, jalinan, dan aksi raksasa tersebut.


Kupasan:
Soalan imaginasi seperti ini kerap keluar di antara 6 soalan pilihan PSV K2 SPM.  Sebelum memulakan lakaran, pelajar perlu membuat sedikit kajian dan memahami kehendak soalan.

1. Seekor raksasa - soalan tidak merujuk kepada raksasa bentuk bagaimana. 
Pelajar bebas mengimaginasikan raksasa yang bakal anda lukis. Tiada yang salah apa pun imaginasi anda selagi ia berpandukan kepada kehendak soalan,  yang penting anda memahami istilah raksasa itu semestinya sebagai makhluk yang bersaiz luar biasa.

2. Menghasilkan percikan air serta ombak besar. 
Di sini pelajar harus mengkaji bagaimana hendak menggambarkan percikan air dan ombak besar. Boleh lihat di internet gambar-gambar ombak besar.

3. Memberi penekanan kepada ruang, jalinan, dan aksi raksasa.
Buat kajian tentang beberapa gambar raksasa. Perhatikan jalinan yang ada pada raksasa itu. Aksinya raksasa menyerang.

Baiklah...perlu di ketahui bahawa melihat kertas putih semata-mata sudah tentu tidak dapat mencetuskan sebarang idea tanpa membuat kajian atau 'homework'.  Pelajar sendiri pun tidak pernah melihat kewujudan raksasa di hadapan mata, namun pelajar masih boleh berimaginasi dari tontonan filem atau membaca buku cerita.

Zaman ledakan maklumat dihujung jari seperti sekarang ini rasanya tiada masaalah untuk pelajar membuat kajian. Banyak bahan boleh diperolehi asal saja ada usaha untuk mendapatkannya. Jika pelajar menggunakan peluang ini sebaikbnya sudah pasti tidak timbul masaalah pelajar termangu-mangu di dalam dewan peperiksaan kerana kekontangan idea.

Di sini saya hanya ingin membantu pelajar yang masih kebuntuan. Apa yang perlu anda kaji adalah beberapa gambar raksasa yang hidup di dalam air.


1. Raksasa di dalam air.



 





   







    



Sketching with paint- dragon, of course!



2.  Percikan air dan ombak besar.




  









3. Lakaran dan olahan idea.


  


  


    


  








3. Teknik mewarna percikan air/ombak besar

Video di bawah di harap sedikit sebanyak  dapat membantu anda mempelajari teknik mewarna yang betul dalam menjawab soalan ini. 



Learn How to Create A Large Wave The Easy Way


Making Waves - Techniques for Painting Ocean Waves in Watercolor with Susie Short



Watercolor with Lian Quan Zhen_ Splashing Painting Techniques


PERINGATAN:
Untuk makluman pelajar-pelajar, gambar-gambar yang dipaparkan bukanlah jawapan sebenar kepada soalan di atas. Ia hanya sebagai bahan rujukan atau sumber pencetus idea semata-mata. Pelajar haruslah menjawab mengikut kehendak soalan sebenar.

Tujuan penulis sekadar membincangkan soalan ini untuk memudahkan pelajar memahaminya.
Apa pun saya harapkan  ia dapat membantu pelajar menghasilkan karya yang terbaik.


Juga boleh klik DI SINI



Selamat Mencuba, semoga berjaya!





Monday, November 10, 2014

Demonstrasi Catan

Melukis kabus di dalam hutan.



Demonstrasi  melukis air terjun.



Melukis awan.

Catan Media Cat Air



Beberapa hasil karya di bawah dihasilkan sebagai ABM semasa penulis mengajar tajuk catan media cat air kepada pelajar. Pelajar diberi pendedahan teknik catan at air dengan menghasilkan beberapa catan bertemakan alam semula jadi dan juga alam benda.

Pelajar yang terlibat adalah dari Tingkatan 4 dan 5.


Media Cat Air
Teknik Pointilism


Teknik pointilisim





Media Cat Air

Media : Cat Air

Media Cat Air

Teknik basah atas basah


Media Cat Air




Mewarna sarang burung.



Teknik mewarna sarang burung




















































Saturday, November 8, 2014

Seni Kitar Semula Yang Bijaksana

Adakah anda seorang yang sangat berminat dalam bab kitar semula? 
Jika begitu...mari kita bercakap tentang idea-idea kitar semula. Bagaimana menghasilkan benda-benda kreatif dari botol plastik, tin, kaca atau apa saja yang boleh diguna semula.  Kita semua menggunakan botol plastik atau tin minuman yang sedia ada di pasaran lalu kita  membuangnya begitu saja setelah digunakan. 




Bagi apa saja pada orang yang kreatif, pasti ada hasilnya.  Pernahkah terfikir untuk anda menghasilkan karya menggunakan tin bekas minuman atau bahan terbuang seperti ini?  Mungkin ada yang telah melakukannya. Tahniah, anda memang kratif dan memanfaatkan segala benda di sekeliling anda.  Tidak saja tin minuman, bahan plastik,  atau cawan polisterin boleh saja menjadi pencetus idea bagi insan-insan kreatif.  

Kita lihat hasilnya...


Bekas tin minuman jadi arca menarik

  


   




Botol plastik macamana pula...???


Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh kita dalam menghasilkan inovatif dan reka bentuk dari botol minuman plastik yang mana boleh digunakan untuk beberapa tujuan. Berikut beberapa idea untuk memberi inspirasi kepada anda. Semak kemahiran seni anda untuk mengubah botol plastik ke dalam reka bentuk yang indah.


Bahan dari penutup botol.

Bekas alat tulis

Wahh...tumbuhan plastik pun boleh!








Garaj kereta pun guna bahan kitar semula. Hebatkan.



BestPSDtoHTML-Recycle Ideas for Plastic bottles-Plastic_bottle_art_3

Tak perlu pasu bunga. Gunakan saja botol plastik untukan tanaman seperti ini. Tidak membazir, dan satu langkah bijak menghias taman. Tak perlu modal besar.


Rumah hijau yang diperbuat daripada botol plastik dikitar semula dan juga buluh. Kedua-dua bahan boleh dikitar semula dan boleh diperbaharui. Ini adalah contoh yang baik dalam kebijasanaan dan kemampuan kitar semula. meletakkan bahan-bahan yang digunakan dan boleh diperbaharui tua untuk bekerja makanan yang semakin meningkat.


Bagaimana dengan penutup botol ???



Penutup botol / bekas kaca.




Penutup botol minuman kaca.



Pelbagai versi kratif burung hantu.





Ikan dari penutup botol.





Artis dari Chicago, Mary Ellen Croteau telah bermain dengan tutup botol plastik.Mengambil inspirasi dari pixelated portraints berskala besar Chuck Close ini, Croteau mula menggabungkan penutup botol untuk membuat kombinasi warna baru dan membentuknya menjadi potret raksasa.  Sungguh mengejutkan, ianya  cantik dan sangat realistik.




Arca mobail




Meja dari penutup botol.



Boleh buat apa dengan botol kaca...???













Tin pula ini hasilnya...