Saturday, November 8, 2014

Lukisan Media Oil Pastel



Noorazim bin Ahmad
Tingkatan 4 ST (2014)
Media Cat Poster
Size 28cm x 38cm

Siti Zulaikha Tumari
Tingkatan 3  2011
Media Oil Pastel
Size 28cm x 38cm

Nuri Suhailah Jasmi
Tingkatan 3 2011
Media Oil Pastel
Size 28cm x 38cm

Mohammad Amir Ashraf bin Nordin
Tingkatan 4ST 2014
Media Oil Pastel
Size 38cm x 28cm

Noorazim bin Ahmad
Tingkatan 4 ST (2014)
Media Cat Poster
Size 38cm x 28cm

Tangga Batu Rumah Melaka


Berwarna-warni memikat hati
Rumah Melaka unik sekali

Keunikan rumah tradisional Melaka terletak pada tangga batunya. Bila bercakap tentang rumah tradisional Melaka, perkara pertama yang akan terlintas dalam fikiran adalah tangga batu yang kebiasaanya berwarna warni dan bermotif flora. Motif jubin yang digunakan ini banyak dipengaruhi oleh China.  Kebiasaanya, tangga batu ini mempunyai bilangan anak tangga yang ganjil seperti 3,5,7 dan 9.
  
Apabila melihat rekabentuk tangganya itu seolah-olah menggambarkan pemilik rumah mengalu-alukan kedatangan tetamu atau pengunjung ke rumahnya. Itu hanya gambaran penulis. Jika anda setuju dengan pendapat penulis, mari kita tinjau setrusnya gambar-gambar menarik tangga rumah Melaka ini yang tak jemu mata memandang!

Tangga batu rumah tradisional Melayu
Melaka di Kg. Duyong..

Tangga batu rumah tradisional Melayu
Melaka di Lereh.


Tangga batu rumah Penghulu Natar di Merlimau.

Tangga batu di rumah tradisional
di kg. Morten

Tangga batu rumah tradisional Melayu
Melaka di kg. Melekek Dalam.

Tangga batu rumah tradisional Melayu
Melaka di kg. Batu Gajah.

Tangga batu rumah tradisional melayu
Melaka di Kg. Sungai Buloh

Tangga batu rumah tradisional melayu
Melaka di Alor Gajah.

Tangga batu rumah tradisional melayu
Melaka di Pengkalan Batu.


Tangga batu di rumah Pn Rahimah binti Tompang
beralamat di No. C 8481 Batu 3 1/2
Pengkalan Batu, Batu Berendam, Melaka 

Tangga batu di rumah En Hashim Tahar
di Kg Padang Sebang, Melaka

Tangga batu di rumah Masjid Tanah

Tangga batu di rumah tradisional
di kg. Batu Gajah, Melaka

Tangga batu rumah tradisional melayu
Melaka di Tanjung Bidara.

Tangga batu rumah tradisional melayu
Melaka di Kg. Chincin.










Tangga batu rumah tradisional melayu
Melaka di Kg Empang Batu.








Tangga Batu di rumah En Saharizan Jalil.

Tangga Batu rumah Ariffin Ali di Bukit Palah Melaka.



Mozek Dari Biji Kopi






Seorang artis Albania Saimir Strati telah memasuki Guinness World Records untuk menghasilkan mozek biji kopi terbesar di dunia berukuran 25 meter persegi. Strati menggunakan140 kg biji kopi. Rekaannya menggambarkan seorang penari Brazil, pemain drum Jepun, penyanyi dan pemuzik Amerika Syarikat, pemain accordionist Eropah dan pemain drum Afrika. Kira-kira satu juta biji kopi telah digunakan.


Ini merupakan kali keenam Strati tercatat dalam Guinness World Records. Beliau pernah membuat potret Leonardo Da Vinci dengan kuku, kuda galloping dengan pencungkil gigi, penyanyi Michael Jackson dengan berus cat dan Homer penyair Yunani dengan skru industri. Projek mozek dari biji kopi oleh Strati ini  telah ditaja oleh Lori Kafe, salah satu daripada syarikat-syarikat kopi utama Albania.

coffee-bean-mosaic11


coffee-bean-mosaic55


coffee-bean-mosaic44


coffee-bean-mosaic55


coffee-bean-mosaic66


coffee-bean-mosaic88


coffee-bean-mosaic33






Friday, November 7, 2014

Doodle Art


‘Doodle’  adalah satu lukisan unfocused atau tidak sedarkan diri .  Doodle mengikut fahaman saya tidak ubah seperti corat-coret. Di kala kita bersendirian atau melamun kadangkala terhasil corat-coret yang tidak disengajakan atau tidak dirancang.  Mencoret merupakan hal paling mudah di lakukan, dengan media untuk menulis, seperti kertas, pen dan pencil, kita dapat menghasilkan sebuah coretan.  

Contoh stereotaip doodling terdapat dalam buku nota sekolah, di atas meja bilik darjah ketika pelajar berkhayal atau kehilangan minat dalam kelas. Contoh umum lain doodling dihasilkan semasa perbualan telefon lama jika pen dan kertas boleh didapati. Jenis popular doodle termasuk versi kartun guru atau sahabat di sebuah sekolah, TV terkenal atau watak-watak komik, mencipta makhluk fiksyen, landskap, bentuk geometri, corak dan tekstur.

Kegiatan "mencoret" seperti ini juga sering disebut dengan ‘doodling’. Doodle Art sendiri adalah suatu gaya menggambar dengan cara mencoret, kelihatan  abstract, ada yang tidak bermakna dan ada juga tidak yang bermakna. Terkadang karya yang dihasilkan tidak memiliki maksud namun terlihat unik dan menarik.  Sebuah karya doodle biasanya adalah ekspresi atau luahan perasaan si pembuatnya.  Apa yang dilakar atau dicoret lahir terus dari naluri hati pelukis itu yang kadangkala lahir tanpa disedari oleh fikiran kita. 


‘Doodle art’ kadang mampu menenangkan hati si pembuatnya. Semakin di buat dengan sepenuh jiwa dan perasaan, karya yang dihasilkan semakin menarik, unik dan mempunyai makna mendalam.  Oleh itu karya doodle tidak sekadar jadi hobi corat-coret, tapi juga mempunyai kedalaman makna dan gaya. ‘Doodle art’ juga memiliki sejarahnya. Tahukah anda sejarah lukisan terdapat digua-dua batu zaman dahulu.  Ini merupakan salah satu gaya doodle art tertua, bahkan sebelum orang mengenal tulisan, dimana doodling dijadikan alat untuk menceritakan sebuah kisah atau peristiwa masa itu yang boleh dihaati turun temurun hingga melakar sejarahnya sendiri.


Lukisan  zaman kuno di Gua Magura, Bulgaria.








Doodle art adalah sarana berkarya dan berkreativiti dengan cara paling mudah, murah lagi meriah. Tidak perlu kertas khusus seperti kanvas, di atas surat khabar atau cebisan kertas sekalipun boleh dilakukan. Semua kembali ke pembuat doodle art itu sendiri dalam memilih peralatan dan gaya doodling yang selesa bagi dirinya.

Kini gaya doodle art ini banyak di pakai sebagai salah satu elemen dalam reka bentuk  grafik. 

dan bermakna.  Doodle art biarpun ringkas, selamba dan santai namun hasilnya sangat terkesan 


Bagi yang ingin mencuba, mari kita lihat video ini.