Saturday, November 29, 2014

Kain Cindai

Pengenalan
Kain Cindai

Kain Cindai mula dikenali di alam  Melayu Nusantara sekitar abad ke 15.  Kain Cindai atau dikenali juga sebagai Kain Patola dipercayai berasal  dari Gujerat, India.  Pedagang India yang beragama Islam telah memperkenalkan Kain Cindai dan kemudiannya berkembang di Kepulauan Melayu.  Ia juga dikenali sebagai ‘Chindhe’, kain Geringsing atau Kain Limar.  


Kain Cindai ( Patola) Gujerat bukan sebagai busana sahaja
juga sebagai alatan bertempur, menepis serangan silat,
menjadi ikat bengkung pahlawan yang bertarung -
koleksi Persatuan Senipurba Selangor


Teknik Ikatan

Teknik ikat ganda gaya cindai ditenun menggunakan benang sutera atau kapas. Teknik ikatan ini sangat rumit kerana kedua-dua benang loseng dan pakan harus diikat dan dicelup dengan pelbagai warna secara berasingan.  Warna-warna yang digunakan termasuk warna jingga dan merah kesumba.  Benang yang ditenun menghasilkan ragam hias seperti corak ‘giling kacang’, ‘hujan lebat’, dan corak ‘merpati sekawan’.  


Corak Tenunan Cindai


Sejarah Kain Cindai

Menurut sejarah, Kain Cindai merupakan tekstil pertama yang digunakan oleh anak-anak raja.  Di samping itu Kain Cindai juga digunakan oleh golongan istana sebagai persalinan lengkap pakaian adat seperti bengkung, selendang dan untuk berkemban.  Dalam adat perkahwinan kerajaan Johor-Riau, Kain Cindai adalah tekstil pilihan utama.  Kain ini juga digunakan dalam hampir kesemua upacara adat seperti adat meminang, perkahwinan, kelahiran dan kematian.


Dalam budaya tradisi, telah diperikan tentang Cindai Betina dan Cindai Jantan.  Cindai Betina atau dikenali juga sebagai Cindai Sari agak panjang ukurannya.  Tenunan Cindai Sari lebih kasar dan motif hiasannya lebih kecil.  Kain Cindai ini dipakai oleh kaum lelaki.  Cindai Jantan pula lebih halus, pendek serta mempunyai hiasan bunga besar.  Ianya digunakan oleh kaum wanita sebagai kain pengikat pinggang. 






Perhiasan Diri Masyarakat melayu


Pengenalan

Barang perhiasan merupakan pelengkap dan penyeri kepada si pemakai tidak kira lelaki mahupun wanita. Barang perhiasan bagi lelaki adalah seperti tali pinggang besar (seperti tali pinggang jemaah haji), jam gantung, tongkat, cincin dan lain-lain. Manakala bagi wanita pula, barangan perhiasannya kebanyakan diperbuat daripada emas ataupun perak seperti gelang, cincin, rantai, subang, cucuk sanggul, kerongsang dan sebagainya.

Sejak zaman pemerintahan Melayu lama lagi, pakaian dan perhiasan diri dianggap sebagai lambang atau kedudukan di dalam sesebuah masyarakat Melayu. Namun pada hari ini, tanggapan tentang lambang atau kekuasaan seseorang tidak lagi diambil kira kerana semua golongan mampu untuk memiliki barang perhiasan diri mengikut citarasa dan perkembangan terkini. Barang perhiasan kerapkali dipakai oleh wanita ketika menghadiri majlis-majlis yang tertentu seperti majlis perkahwinan dan sebagainya.


Barang Hiasan

Barang perhiasan yang sering dikaitkan dengan wanita lazimnya diperbuat daripada emas atau perak. Selain itu, terdapat juga barang perhiasan yang diperbuat daripada tembaga. Terdapat pelbagai reka bentuk dan corak yang menghiasi barang perhiasan tersebut. Pada zaman dahulu tukang emas atau perak biasanya memilih corak yang berunsur flora dan fauna (motif tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan binatang). Masyarakat pada zaman dahulu sangat akrab dengan alam semula jadi maka dengan itu, kebanyakan bentuk dan corak yang terdapat pada barang perhiasan wanita memiliki ciri-ciri alam.


Reka bentuk dan corak untuk menghasilkan barang perhiasan adalah sangat penting. Hal ini kerana ukiran tersebut melambangkan nilai dan maksud yang tertentu. Tukang emas/perak/tembaga Melayu pada zaman dahulu lebih gemar memilih motif bunga-bungaan tumbuh-tumbuhan. Hal ini kerana reka bentuk dan corak pada barang perhiasan secara tidak langsung dapat membezakan hasil pertukangan masyarakat Melayu dengan masyarakat yang lain. Di samping itu ukiran ini juga dapat menerangkan sejarah dan perkembangan seni pembuatannya.


Pending

pending
Pending

Pending ialah pengancing tali pinggang atau kepala tali pinggang yang direka dan dihias indah dengan berbagai-bagai motif. Pending biasanya dipakai oleh kaum lelaki dan wanita Melayu sebagai pakaian istiadat. Kaum lelaki menggunakannya untuk mengikat kain dan samping manakala kaum wanita pula, terutamanya di Kelantan, memakai pakaian yang popular Cik Siti Wan Kembang, seorang pemerintah wanita yang terkenal dalam kurun ke-15 yang turut memakai pending. Boleh dikatakan kebanyakan daripada pending yang ditemui pada masa ini adalah yang berbentuk bujur seperti mata manusia, bulat, segi empat dan sebagainya. Pending yang dipakai oleh pembesar-pembesar Melayu dan raja yang memerintah dibentuk dengan menggunakan emas atau suasa. Namun demikian ada juga yang diperbuat daripada perak sahaja atau tembaga yang bercutam. 
    

Dokoh

Dokoh

Dokoh merupakan salah satu daripada aksesori tradisional wanita yang dipakai di leher yang mempunyai tiga atau lebih plat yang diperbuat daripada timah, tembaga atau logam.
Pada suatu ketika dahulu, dokoh selalu digayakan dengan pemakaian baju kebaya. Dokoh juga sering digunakan menjadi alat perhiasan pasangan pengantin sejak zaman dahulu lagi. Kini, penggunaannya tidak lagi terhad. Pada masa kini, penggayaannya bersama baju kurung telah menjadi salah satu daripada fesyen pada masa kini.


Cucuk Sanggul

Cucuk Sanggul


Cucuk sanggul berjurai
Pada masa lalu, kebanyakan wanita Melayu memiliki  rambut panjang, dianggap mempunyai sifat yang feminin. Cucuk sanggul telah digunakan untuk memegang sehingga rambut panjang mereka dalam sanggul di belakang kepala mereka. Biasanya cucuk sanggul diperbuat daripada emas atau perak,Penyemat  atau cucuk sanggul inibiasanya dipakai dalam set tiga, lima atau tujuh oleh pengantin perempuan dan penari tradisional.



Caping

Caping

Caping merupakan hiasan tubuh bagi kanak-kanak.  Caping biasanya diperbuat daripada logam yang berbentuk daun ara tanpa ukiran.  Bagaimanapun terdapat bukti dan rekod yang menunjukkan bahawa caping diperbuat daripada berbagai-bagai bahan seperti emas, perak, tembaga kuning dan merah, kulit kerang, tempurung, kayu dan kadangkala berbagai-bagai bahan yang dijalin, ditempah atau dipaterikan.  

Caping dipercayai telah diperkenalkan di negara ini oleh orang India sejak zaman Seriwijaya iaitu sekitar kurun ketujuh hingga ke-13 Masihi. Ia digunakan dengan meluas oleh kanak-kanak perempuan di utara dan di pantai timur Semenanjung Malaysia.  Penggunaan caping di negeri-negeri lain tidaklah begitu meluas. Memang ada bukti yang menunjukkan bahawa caping turut digunakan di daerah-daerah lain di dunia tetapi setakat ini tidak ada dokumentasi untuk menjadi bukti atau rujukan yang berwenang tentang perkara ini.



Hiasan Telinga

Hiasan Telinga atau Anting-anting

Terdapat beberapa jenis hiasan telinga dalam tinggalan orang yang terdahulu.  Antaranya Sunting Malar iaitu satu-satunya hiasan yang digantung di telinga.  Ia dibentuk dengan menggunakan kepingan perak ataupun emas.  Sunting malar biasanya dipakai oleh penari-penari di istana raja dan pernah dikatakan berasal dari Thailand, yang dibawa masuk oleh orang Melayu Patani, dan juga dari India.  Barang kemas ini masih lagi popular di kalangan wanita Kelantan terutama sekali penari-penari dan sewaktu mengandamkan pengantin perempuan yang akan bersanding di atas pelamin.        



Gelang Kaki

Gelang Kaki

Semenjak beberapa kurun yang lalu memakai gelang kaki sebagai perhiasan diriserta menjadi keistimewaan masyarakat Melayu khususnya kaum wanita.Besar kemungkinan kemasyhuran ini bermula sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi.

Gelang kaki biasanya dipakai oleh wanita Melayu, India dan Nyonya. Di Melaka, pengantin perempuan yang berpakaian tradisional berasa tidak lengkap sekiranya tidak memakai gelang kaki apabila menaiki pelamin

Pada mulanya gelang-gelang dibentuk dengan menggunakan dawai-dawai kasar yang dipintal bulat dan dicelup atau disadur emas. Namun yang demikian terdapat juga gelang-gelang yang diperbuat daripada plastik yang tidak kurang cantiknya. Bagi mereka yang berada atau yang kaya, gelang-gelang mereka ditempah khas, biasanya diperbuat daripada emas atau perak.




Friday, November 21, 2014

Water Color Techniques For Beginners




Watercolor Techniques for Beginners REMAKE part 1of 4




Watercolor Techniques for Beginners REMAKE part 2 of 4




Watercolor Techniques for Beginners REMAKE part 3 of 4




Watercolor Techniques for Beginners REMAKE part 4 of 4



Bagaimana melukis dan mewarna pokok?



Melukis dan mewarna pokok dalam catan


Kali ini kita lihat beberapa teknik mewarna pokok menggunakkan beberapa jenis media yang berlainan. Di kalangan kita ada yang tidak mahir dalam mewarna tumbuhan dalam catan lanskap.  Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjt di sini dipaparkan teknik mewarna menggunakan pensil warna, cat air, cat minyak, soft pastel, akrilik dll.

Sama-sama kita tontomn dan praktikkan.









How to paint tree in watercolor




Rendering trees using coloured pensil




How to draw a tree with markers




How to paint a tree in Acrylic




How to draw with soft pastel - A tree in the valley







Monday, November 17, 2014

PSV 2611/2... we are ready!!

Hari ini saya adakan kelas persediaan untuk PSV K2 SPM 2014. Kedatangan sungguh menggalakkan. Tahniah kepade yang hadir. Anda semua memang terbaik. Kelas bermula jam 8.30 pagi. Masing-masing bersemangat untuk mendengar penerangan cikgu teknik menjawab kertas 2 ini. Yang penting bukan lakarannya, tetapi teknik mewarnanya.  Ini bukan lukisan tetapi catan. So, pelajar-pelajar harus memahami kehendak soalan sebaiknya.

Kita lihat beberapa rakaman gambar sekitar aktiviti kelas pagi tadi. Adalah diharapkan ramai yang dapat menjawab dengan baik semasa di dalam dewan peperiksaan nanti. 

Luv u alls...Semoga berjaya!



















Friday, November 14, 2014

Thursday, November 13, 2014

PSV K2 SPM 2012 ; Rumah Usang Di Puncak Bukit

Soalan 5:
Anda sedang mendaki bukit. Apabila anda memandang ke arah puncak bukit kelihatan sebuah rumanlama yang telah usnag dan dan dikelilingi semak samun.
Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanankepada bentuk, jalinan dan ruang.