Monday, November 3, 2014

Hiasan atau Garnis adalah penghias hidangan , Potongan kecil makanan yang digunakan sebagai hiasan atau dapat didefinisikan sebagai makanan atau bahagian dari makanan yang ditampilkan sedemikian rupa untuk meningkatkan penampilan makanan yang disajikan.  Umumnya, garnis harus menggunakan bahan yang dapat dimakan dan harus menjadi bahagian integral dari makanan sehingga garnis tidak akan tersisa di atas piring hidangan.

Garnis tidak perlu memerlukan peralatan khusus, hanya alat-alat sederhana yang diperlukan, misalnya: pisau runcing dan tajam untuk mengupas, pisau bergerigi untuk roti dan tomato, dan pengupas buah-buahan dan sayuran.

Membuat garnish, atau hiasan masakan sangatlah penting, karena dengan adanya hiasan pada makanan tersebut, akan mencantikkan penampilan hidangan.  Hiasan makanan ini biasanya untuk hidangan di meja makan pengantin atau hidangan makanan di hotel-hotel.  Adapun bahan yang bisa kita gunakan seperti buah- buahan maupun sayuran kerana ia mudah disediakan dan yang diperlukan hanya kreativiti penciptanya.   Sebab pentingnya suatu garnish, Para tukang masak, atau chef selalu meluangkan waktunya untuk belajar, yang mana kebolehan untuk menghias masakan ini sebenarnya boleh dipelajari oleh setiap orang termasuk anda.

Garnis mestilah berkaraktor. Berikut antara ciri-ciri yang semestinya ada dalam penciptaan Garnis:
1.   Sederhana, alami, dan segar dalam penampilan.
2.   Tekstur dan ukuran sesuai untuk makanan.
3.   Beraroma.
4.   Disusun sedemikian rupa untuk meningkatkan kualiti makanan.
5.   Dapat ditaburkan atau ditempatkan pada bahagian tertentu.
6.   Harmonis. Warna seharusnya tidak bercelaru.


Berikut adalah contoh reka hias makanan yang dihasilkan dari buah-buahan, sayur-sayuran dan bahan makanan lain. Nampak mudah tapi mencabar!









Tembikai, pangkal nanas, keledek merah.

Cili, bunga kobis, keledek

Makaroni dan pasta.

Daun sawi, kacang bende, cili besar, kentang,
 kacang pis. lobak merah, tomato, sengkuang,
batang saderi dan cili benggala.

PSV Kertas 2 SPM : Serangan Sotong Raksasa di Lautan

Saya terpanggil untuk membincangkan tajuk ini kerana soalannya agak menarik.  Pelajar diminta menggambarkan mahluk raksasa yang hidup di lautan lalu menyerang kapal yang sedang belayar.
Tergambar pergerakan ombak ganas, saiz sotong kurita yang sangat besar, aksi mangsa yang ingin menyelamatkandiri dan melawan serangan makhluk itu sudah tentu memerlukan kemahiran pelajar mengaplikasikan unsur dan prinsip seni bagi memenuhi kehendak soalan.

Untuk menjawab soalan ini, pelajar perlu membuat sedikit kajian.  Cari gambar atau lukisan pergerakan ombak ganas sebagai sumber ilham.

Ombak ganas







Rupa sotong kurita

        


     



Jangan lupa buat lakaran Idea ...

         


       



Contoh Catan 

  




  


  




  


 Harap dapat membantu pelajar sedikit sebanyak untuk kupasan idea. Selamat mencuba!.



SOALAN PSV SPM 2014 BERKAITAN TAJUK KLIK DI SINI




PSV Kertas 2 SPM : Suasana di Pasar Tani

Suasana di sebuah Pasar Tani. Kelihatan pelbagai jualan hasil pertanian seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan tanaman hasil kampung diniagakan. Ramai pengunjung berada di temoat itu sambil membeli-belah. Peniaga-peniaga sebuk melayan pengunjung yang datang. Kelihatan pengunjung sebuk memilih barang jualan dan peniaga pula kelihatan menimbang dan membungkus barangan yang dibeli oleh pengunjung.

Gambarkan keadaan ini dengan menekankan aksi, warna, ruang dan bentuk dalam catan anda.Pelajar hendaklah memahami kehendak soalan dengan meneliti beberapa perkara yang perlu digambarkan dalam karya anda.

1.  Figura manusia
2. Pelbagai warna buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada di situ.
3. Pergerakan atau aksi penjual dan pembeli
4. Perspektif sangat penting kerana soalan ini menghendaki anda meggambarkan suasana jauh yang menggambarkan banyak objek . Penggunaan 3 ruang utama jauh, tengah dan hadapan akan menghidupkan suasana dalam karya anda.

Berikut adalah beberapa contoh jawapan soalan di atas. Pelajar hendaklah memahami kehendak soalan dengan meneliti beberapa perkara yang perlu digambarkan dalam karya anda.



    


  


       

         


           


   


     


    

Sunday, November 2, 2014

PSV KERTAS 2 SPM : Memberi ayam makan

SOALAN PSV K2 SPM 2012

Dipinggir sebuah hutan kelihatan tiga ekor unggas.  Dua ekor sedang bertenggek di atas sebatang pokok kayu yang tumbang dan reput.  Seekor lagi sedang mengais daun-daun kering untuk mencari makanan.


Lukiskan situasi tersebut dari jarak dekat dengan member penekanan kepada aspek bentuk jalinan dan warna.

Baiklah...
Fokus 1 : Memahami maksud unggas. Unggas bermaksud haiwan ternakan jenis burung termasuklah ayam yang dimanfaatkan untuk telur atau dagingnya. Anda boleh memilih ayam atau burung dalam menggambarkan tajuk di atas.

Fokus kedua : 2 ekor unggas bertenggek di dahan kayu reput dan seekor lagi mengais daun kering mencari makanan.

Apa yang pelajar perlu kaji adalah gambar-gambar berkaitan tajuk:


          


           


           


        


         




Kesan Kesalahan Ketika Mewarna Dengan Cat Air







Cat air merupakan medium catan yang paling popular di kalangan pelajar sekolah. Ia lebih mudah digunakan berbanding dengan cat minyak. Di kalangan penggemar senilukis, catan air diaplikasi dengan lebih luas dan menggunakan bahan yang lebih bermutu contoh nya kertas dan berus yang sememangnya khusus untuk cat air.  Bagaimanapun tidak semua yang mahir dalam menggunakan bahan-bahan ini. Terdapat beberapa masaalah yang sering dihadapi oleh pemula catan air. Kesalahan-kesalahan  yang sering dilakukan oleh pelukis cat air pemula yang menyebabkan mereka berfikir   bahawa cat air adalah medium yang sukar untuk digunakan.. 
      
       Terlalu banyak air.
Jika anda merasa tidak boleh menghasilkan warna-warna yang tajam, kemungkinan kerana anda menggunakan terlalu banyak air sehingga warna-warna yang muncul adalah warna-warna ringan dan muda. Untuk menghasilkan warna yang tajam dan tegas anda hanya perlu sedikit air atau sekadar basah pada berus anda. 


Kurang air semasa pewarnaan basah (washes).
Kurang air semasa pewarnaan awal (washes) akan menyebabkan warna tidak sekata dan perlu waktu lama. 


Menggunakan berus yang terlalu basah di atas kertas yang masih lembab.
Ini adalah kesalahan yang paling sering terjadi. Menggunakan berus yang terlalu basah di atas kertas yang masih lembab akan menghasilkan warna menyebar. Mungkin pada masa tertentu akan menyenangkan kerana anda akan melihat warna-warna yang di luar dugaan, di luar sangkaan anda sebelumnya.


Tidak menunggu kertas mengering selepas melakukan basahan (washes), dan terus melakukan lapisan warna lain (glazing).
Glazing adalah lapisan warna untuk mempertegaskan warna bentuk. Proses ini dilakukan selepas mengotorkan awal (washing), dan kertas sudah mengering. Pelapisan warna yang dilakukan ketika kertas masih lembab mudah merosakkan lukisan anda. 


Salah memilih saiz berus ketika membentuk imej (shaping).
Berus yang terlalu kecil akan melambatkan kerja anda selain menghasilkan lukisan cat air yang kelihatan kasar. Sementara berus yang terlalu besar akan menyulitkan anda saat membentuk gambar dan memberi warna tegas pada kawasan yang sudah dibasahi.  


Kualiti kertas yang tidak elok.
Pastikan anda menggunakan kertas Aquarelle jika tidak ingin hasil cat air anda mengecewakan.

Kertas cat air (Aquarelle) yang baik dibuat dari “linen rag” murni, harganya sangat mahal, kalau untuk pemula yang mungkin masih ragu menggunakannya bolehlah menggunakan kertas-kertas buatan mesin yang tersedia di kedai-kedai alat lukisan. Ada bermacam jenama dan memiliki variasi yang berbeza. Tapi diantara perbezaan itu boleh  dilihat seperti di atas.

       Tak sabar untuk segera membuat lukisan bersaiz besar.
Jika anda baru saja memulakan menggunakan cat air, saya cadangkan anda mula dengan kertas bersaiz kecil (kira-kira 19 cm x 14 cm). Lalu tingkatkan dengan yang lebih besar (28.5 cm x 19 cm). Jika anda sudah merasa selesa menggunakan cat air barulah anda cuba menggunakan kertas yang bersaiz besar. 


Pemilihan berus yang tidak tepat.

Pemilihan berusyang sesuai sangat penting dalam catan. Catan menggunakan medium cat air sangat sesuai menggunakan berus bulat yang mampu mengandung banyak air.



Jenis berus yang sesuai untuk catan warna air:
'Mop Brush' sesuia digunakan untuk mewarnakan
ruang yang besar contohnya mewarna latar belakang.


Berus cat air bulat berkualiti baik mempunyai hujung
yang runcing dan mampu menyerap lebih banyak air.


        Tidak cuba mencampurkan warna pada palet terlebih dahulu sebelum mengaplikasikannya di atas kertas.

        Jika anda baru pertama kali menggunakan cat air, belajar mencampurkan warna asas sangatlah diperlukan. Jika anda sudah terbiasa melukis dengan cat air, gerak hati anda akan membantu anda menghasilkan warna yang anda inginkan. Sehingga anda tak perlu membuang waktu lagi untuk bereksperimen dengan warna. 



        Tidak membuat dengan lakaran awal.

       Langsung melukis, tanpa merancang langkah-langkah dalam melukis dengan cat air.



       Tiada perancangan.

       Tanpa perancangan yang baik, kemungkinan anda akan mengalami kesukaran dalam menggunakan cat air. Senario yang baik misalnya ketika anda harus menutupi kawasan tertentu dari mengotorkan, keutamaan kepada warna-warna lembut untuk warna asas dan menentukan urutan dalam pewarnaan.