Tuesday, November 4, 2014

Paper Quilling

Seni Quilling dan sejarah serta perkembangannya.

Quilling adalah seni menggulung kertas. Hasil gulungan dirangkai sedemikian rupa sehingga menghasilkan bentuk yang menawan. Seni ini pada mulanya diperkenal di Eropah abad ke 17 dahulu dan dinamakan ‘paper filigree’ atau ‘roll work’.  Di Negara Perancis dan Itali, seni gulungan kertas ini digunakan oleh para biarawan untuk menghias ornament yang bersifat keagamaan.

Manakala di Eropah, seni ini terkenal di zaman Victorian ketika Raja George III.  Putri ini sangat menggemari seni ini sehingga ia dikenal dengan ‘roll work’nya.  Hasil kerjanya dijadikan cenderamta yang berupa hiasan paper filigree.  Hadiah pemberiannya yang paling terkenal adalah berupa kotak barang perhiasan.  Dari Eropah, seni ini berkembang ke benua Amerika.  Penggunanya tidak lagi terbatas pada ornament keagamaan, tetapi mula menghiasi bermacam benda seperti kotak perhiasan, perabot dan lain-lain.


Pada abad ke 20 seni gulungan kertas ini mula dikenal ke masyarakat luas dengan nama baru iaitu ‘Paper Quilling’.  Keindahannya telah membuat pencinta seni dan kraf menggembangkannya dengan design yang indah dan menjadikannya hiasan untuk bingkai gambar, figura dan sebagainya.  Di Asia, seni ini pada mulanya tidak begitu popular kerana terbatasnya bahan siap seperti potongan kertas yang siap dijual amat sukar ditemui di kedai-kedai pembekal.  Namun sekarang terdapat pembekal alatan seni dan kraf yang membekalkan bahan-bahan seni quilling di Malaysia. 





















Monday, November 3, 2014

Wayang Kulit


Persembahan wayang kulit menggunakan prisip cahaya dan bayang.

Pengertian istilah wayang dalam bahasa Melayu ialah bayang-bayang yang bergerak ke sana ke mari. Dalang membawa erti orang yang melakukan persembahan wayang. Panggung pula membawa pengertian tempat berbumbung yang disekelilingnya tertutup dan digunakan untuk pertunjukan wayang.

Wayang Kulit merupakan sejenis teater tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara sebelum kedatangan pelbagai seni  hiburan dan persembahan moden yang kebanyakannya berasaskan media elektronik. Ia merupakan satu bentuk persembahan teater yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri daripada pelbagai watak methologi dan khayalan dimainkan oleh seorang Dalang. 

Tok Dalang 

Asal usul wayang kulit telah banyak diperkatakan sebelum ini. Rata-rata berpendapat bahawa wayang kulit telah wujud di Indonesia sejak beberapa kurun lalu dan dibawa dari Indonesia serentak dengan proses penyebaran agama Hindu. Pendapat ini sukar dibuktikan sama ada benar atau tidak. Kalau pun benar, kebenaran ini mungkin dalam aspek-aspek tertentu sahaja.

Tidak terdapat sebarang persamaan baik dari segi falsafah mahu pun dalam cara persembahan antara wayang kulit Jawa atau Melayu dengan tradisi teater India. Bukti yang konkrit pun tidak pernah dicatat secara pasti. Catatan yang ditemui hanya berupa pandangan dan pendapat yang diasaskan pada pergerakan sejarah semata-mata. Namun demikian cerita wayang kulit di Pulau Jawa, Bali atau Malaysia semuanya berasaskan pada dua hikayat Dewa-dewa, iaitu Mahabharata dan Ramayana. Begitu juga dengan persamaan istilah seperti wayang, dalang, panggung dan kelir.


Persembahan wayang kulit diiringi kumpulan muzik.


Persembahan Wayang Kulit  selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab). Wayang Kulit dipersembahkan dalam upacara atau perayaan tertentu.


Fungsi Wayang Kulit ini adalah sebagai medium hiburan dan kadangkala dikaitkan dengan unsur ritual yang terdapat dalam sesuatu masyarakat. Seni persembahan ini tersebar dan membentuk satu identiti tersendiri dalam sesebuah masyarakat.  


Tok Dalang berperanan menghidupkan cerita.

Peranan "Dalang" sebagai dukun atau bomoh dalam masyarakat merupakan salah satu asas pengekalan tradisi ini di Kelantan. Dipercayai kekuatan spiritual dalam penyelenggaraan wayang kulit dapat menimbulkan malapetaka atau bahaya. Dialog persembahan wayang kulit juga telah diadun dan diubahsuai ke dalam longhat setempat (longhat Kelantan dan Patani). Kemungkinan inilah juga sebabnya persembahan wayang kulit tidak kekal dan sesetengahnya diubahsuai mengikut kehendak dan selera masyarakat setempat.

Selain di Jawa dan Malaysia, wayang kulit juga terdapat di Bali, Kemboja dan China. Nama yang diberi kepada wayang kulit ini berbeza mengikut budaya dan bahasa setempat, walaupun fungsi dan asas persembahannya adalah sama. Di Thailand, wayang kulit dikenali sebagai Nang Yai, di Kemboja disebut dengan nama Nang Sbek manakal di Jawa digelar Wayang Purwa.

Proses Membuat Patung Wayang Kulit
1) Kulit lembu dijemur untuk dikeringkan.

Picture
Kulit lembu yang telah dikeringkan.
1.  Kulit lembu atau kambing yang telah dibersihkan akan direndam ke dalam air campuran garam, lada, lengkuas dan serai untuk beberapa hari dan kemudian dijemur menggunakan pacang di penjurunya. Setelah dipastikan kulit tersebut telah benar-benar kering dan tidak berbau, bulu-bulu yang terdapat  pada kulit yang telah kering itu akan dikikis menggunakan 
kepingan kaca sehingga bersih.


Proses membentuk kulit lembu mengikut
corak yang dikehendaki.

2) Kulit ditebuk dengan menggunakan lingkaran kertas.
Kertas yang telah siap dilukis dengan wajah dari watak wayang kulit akan
ditekapkan ke atas kulit yang telah dibersihkan. Di sinilah terletaknya kreativiti
dan kewibawaan seorang dalang untuk membentuk patung wayang kulit
mengikut watak yang ingin dipersembahkan.Setiap lorekan dan garis lubang
yang ditebuk mempunyai fungsinya yang tertentu dan watak-watak yang
dihasilkan mempunyai identiti estatika yang tersendiri



Meraut buluh.

3)   Buluh, tali dan pewarna
Buluh sebagai bahan penyadang diraut rapi dan diikat menggunakan tali
kepada kulit yang telah siap ditebuk. Tali digunakan untuk membuat gerakan pada bibir, tangan dan lain-lain anggota yang diperlukan pada patung tersebut. Tali ini akan diikat apabila patung tersebut telah siap diwarnakan mengikut watak yang digambarkan melalui cerita-cerita tertentu. Warna yang biasa digunakan ialah dari bahan dye fabrik dan cat air. Kerja-kerja mewarnakan patung wayang kulit ini memerlukan kreativiti, bakat dan kesabaran yang jitu.


Picture
Buluh di lekatkan pada wayang kulit
untuk menggerakkannya,



Proses mewarna.
Patung wayang kulit yang telah siap.
















Rumah Warisan Melaka


Rumah Busu Dolah
Tersergam indah di Jalan Bukit Godek, Kg. Semabok Dalam Melaka. 
Rumah warisan turun temurun berusia 103 tahun.

FALSAFAH reka bentuk rumah tradisi Melayu Melaka sememangnya sangat unik. Ia adalah garapan apresiasi pemiliknya terhadap budaya Melayu, keindahan alam dan kehidupan bermasyarakat yang diterjemahkan melalui ilham seni bina.

Justeru, identiti rumah Melayu Melaka begitu mudah dikenali. Bumbungnya panjang memayungi bahagian serambi rumah dan binaan tangga batunya pula seakan-akan wajib diberi kemasan jubin bermotif flora.

Bagi Yaakob Buang atau lebih dikenali sebagai Busu Dolah , 54,  penjawat awam ini merupakan pemilik satu-satunya rumah tradisional Melayu Melaka yang ada di negara ini.

Seni Bina Kukuh
Rumah ini diwarisi diwarisi daripada datuknya, Hitam Buntal. Kemewahan rumah  ini bukanlah dilihat pada perabot atau hiasan dalaman sebaliknya dinilai berdasarkan kehalusan ukiran dan seni binanya. 

Tersergam indah di Jalan Bukit Godek, Kampung Semabok Dalam, Melaka, rumah warisan tersebut sudah berusia 103 tahun.  Menurut arwah bapa, rumah ini mula dibina pada tahun 1909 oleh tukang rumah tempatan. 



Terdapat 12 jendela kayu lengkap dengan kayu ram 
yang mengawal kemasukan cahaya dan udara di serambi rumah.

Kemewahan rumah Busu Dolah dilihat dari aspek senibina 
tradisonal dan ukiran kerawang yang halus buatannya.


Tangga rumah Melayu Melaka seakan-akan wajib 
dihias dengan jubin warna-warni bermotif flora.


Pasu Bunga dari Pensil


Lelaki ini menggunakan seberkas pensil dan menghasilkan idea yang menakjubkan.  Artis dari Findland bernama Tuomas Markunpoika menghasilkan pasu yang cantik, apa yang menakjubkan ialah bahan yang digunakan untuk menghasilkan pasu itu! Beliau menggunakan kayu tetapi bukan jenis sebarangan. Dia memilih pensil kayu. Mari kita lihat hasilnya.

Gam pensil secara bersusun dan bertindan untuk
hasilkan bentuk selinder dan empat segi
tepat seperti di bawah.


Gunakan mesin pelarik.

Proses membentuk pasu.

Idea yang mengkagumkan!


Pandangan dari dekat sungguh menakjubkan.
 Jalinan yang menarik dan hebat.








Hasil seni dalri bahan logam terbuang

Sekali pandang anda tidak boleh mengatakan bahawa arca ini dibuat dari logam berat melainkan anda melihatnya dari dekat akan dapat mendedahkan asal-usul arca ini. Sebenarnya ia dihasilkan dari sisa logam sampah yang di kitar semula. Contohnya seperti logam pisau roti, logam skru, rantai basikal dan banyak lagi. Hasil gubahan idea kreatif penciptanya maka terhasillah arca dari bahan kitar semula yang kreatif dan menarik sekali.

image credit: www.brianmock.com

image credit: www.flickr.com/kathisgardenart

image credit: www.dailyartmuse.com


image credit: batona.net
image credit: www.dailyartfixx.com
image credit: www.cdn.decoist.com

Pensil Bukan Saja Untuk Menulis....



Pensel atau pensil warna, media yang tidak asing lagi dikalangan kanak-kanak sekolah mahupun pelajar-pelajar seni.  Pensil warna cepat pendek setelah di asah atau ditajamkan. Ramai yang membuangnya begitu saja.  Tahukah anda bahawa pensil yang pendek itu boleh menghasilkan karya seni lain yang sangat kreatif dan menarik. Terfikirkah anda yang pensil warna terbuang ini boleh digubah menjadi arca. Wow..... menarik bukan, mari kita lihat hasilnya!

        
















'Yarn Bombing' Menghiasi Warna-warni Jalanan


Seni jalanan yang biasa kita dengar dan lihat ialah Grafiti iaitu menyelimuti dinding-dinding kota dengan tulisan atau gambar melalui semburan cat . Manakala seni ‘Yarn Bombing’ pula ialah menyelimuti kemudahan awam dengan "baju warna-warni". ‘Yarn Bombing’ adalah seni jalanan unik. Tujuannya mudah saja... "Untuk menerangi dunia dengan warna". Ia benar-benar sesuatu yang istimewa dan unik.   Bom Benang, adalah satu tindakan seni jalanan di mana 'pengait dan perenda' bersatu atau mengait benang pada objek awam. Ia bermula pada 2004 di Netherlands dan sehingga kini seni ini  telah tersebar sebagai satu fenomena di seluruh dunia.  

Pastikan sebelum ianya bermula, dapatkan kebenaran dari majlis perbandaran!

Benang dipintal dengan beragam warna lalu dipakaikan di tempat-tempat awam, contohnya seperti di tempat duduk jalanan, di batang pohon, tiang lalu-lintas, dan lain-lain. Jika dibandingkan dengan seni Grafiti, ‘Yarn Bombing’ lebih  mudah dibersihkan. Mari kita lihat seni ‘Yarn Bombing’ yang terdapat di tempat-tempat awam.